Sabtu, 18 Oktober 2025

Kenapa Harga Emas Public Gold Tak Serendah Emas di Bank?


Mengikut pembacaan saya di blog Guru Emas tulisan En. Mohd Zulkifli Shafie, ada beberapa sebab penting kenapa harga emas di Public Gold (PG) kelihatan tidak serendah harga emas di bank. 

Namun, bila kita faham konsepnya, kita akan nampak nilai sebenar emas Public Gold jauh lebih baik untuk penyimpan emas fizikal.

1. Beli Emas Fizikal, Bukan Sekadar Tengok Nombor

Kalau tujuan anda beli emas hanya untuk tengok pergerakan harga iaitu naik atau turun maka beli di bank mungkin nampak lebih “murah”.

Tapi kalau anda nak memiliki emas sebenar dalam tangan, Public Gold adalah pilihan yang lebih bijak.

Public Gold bukan sekadar jual emas, tapi mendidik masyarakat tentang simpanan emas fizikal. Dengan PG, anda boleh miliki emas sebenar (gold bar atau dinar) dengan cara yang lebih mudah, tanpa syarat rumit, dan dengan harga kompetitif berbanding kos keseluruhan di bank.

2. Harga Bank Nampak Murah, Tapi Kos Sebenar Lebih Tinggi

Memang betul, harga per gram di bank kadang-kadang nampak sedikit lebih rendah. Tapi itu cuma harga atas kertas. Bila anda nak keluarkan emas fizikal, barulah nampak kos sebenar yang perlu dibayar, termasuk caj premium, caj pengeluaran, dan pelbagai syarat tambahan.

Jadi, kalau dikira keseluruhannya, harga emas fizikal dari bank sebenarnya lebih mahal dan prosesnya juga jauh lebih rumit berbanding beli terus di Public Gold.

3. Susah Nak Jual Balik Emas Fizikal Bank

Satu lagi kekurangan besar di bank tidak beli balik emas fizikal yang mereka keluarkan (atau syaratnya sangat ketat). Kalau anda perlukan wang tunai, anda terpaksa jual emas itu di tempat lain. 

Bila jual di luar, anda akan terkesan dengan spread value (selisih harga jual-beli) yang biasanya sangat tinggi.

Akhirnya, bila buat kira-kira, anda mungkin akan rasa rugi berbanding jika anda simpan dan jual balik emas di Public Gold.

4. Public Gold Adalah Kilang Emas, Bank Bukan

Ini poin paling penting. Public Gold ialah pengeluar emas (minting company). Emas memang core business PG. Fokus PG adalah pada pengeluaran, jual beli, dan pendidikan tentang emas fizikal.

Sebaliknya, bank bukan pengeluar emas. Core business mereka ialah kewangan atau lebih tepat, jual hutang. Jadi, jual beli emas di bank hanyalah produk sampingan, bukan fokus utama.

Kesimpulannya, kalau anda serius nak melabur dalam emas fizikal sebenar, Public Gold adalah platform terbaik, mudah, telus, dan berpengalaman mendidik masyarakat tentang simpanan emas sejak 2008.

Tapi kalau anda cuma nak “main harga”  sekadar tengok naik turun harga emas macam saham, maka Public Gold bukan platform yang sesuai.

#KayaDenganEmas #NotaCikguRidwan


Khamis, 16 Oktober 2025

10 Dinar vs 5 Dinar. Mana Lagi Untung Disimpan?

Ramai yang tanya……

“Cikgu, kalau saya nak simpan emas, lebih baik beli 10 Dinar atau 5 Dinar?” 

Sebenarnya, kedua-duanya tetap menguntungkan, sebab nilai emas sentiasa ikut harga semasa dunia. Tapi kalau nak faham dari sudut strategi simpanan, ada beza sedikit….

🔸 10 Dinar

➡️ Berat lebih besar (lebih kurang 42.5g)

➡️ Harga per gram biasanya lebih murah sebab “spread” lebih kecil

➡️ Sesuai untuk simpanan jangka panjang dan perlukan modal yang besar tapi akan dapat pulangan lebih tinggi bila harga naik

🔹 5 Dinar

➡️ Berat separuh daripada 10 Dinar (21.25g)

➡️ Modal lebih rendah, senang mula simpan

➡️ Mudah dicairkan bila perlukan duit cepat

Jadi Kesimpulannya….

Kalau anda nak maksimumkan keuntungan dalam jangka panjang, 10 Dinar lebih berbaloi sebab kos per gram lebih rendah.

Tapi kalau anda nak mula dulu dengan bajet sederhana atau nak simpan secara berperingkat, 5 Dinar pun pilihan bijak!

Yang penting mula simpan emas sekarang, bukan tunggu harga murah baru nak simpan, sebab berapa pun harga emas sekarang. itu tak terlalu penting.

Yang paling penting berapa gram emas yang kita ada sekarang.

#KayaDenganEmas #NotaCikguRidwan

Emas mahal sekarang. Nak Jual atau Gadai?

Ramai tengah pening kepala bila tengok harga emas makin tinggi.

Kalau jual sekarang, boleh dapat untung tunai segera.

Tapi kalau gadai, emas masih milik kita, cuma dapat guna duit sementara.

Jadi mana satu pilihan bijak? Sebelum buat keputusan, jom kita faham dulu apa beza jual dan gadai emas. 

Apa maksud “Jual Emas”? Jual emas bermaksud anda menukar emas kepada wang tunai secara kekal. Bila dah jual, emas tu bukan lagi milik anda.

Apa pula maksud “Gadai Emas”? Gadai emas pula bermaksud anda pinjam duit dengan cagaran emas. Emas tu disimpan sementara di tempat pajak, dan bila anda tebus balik emas tu masih milik anda.

Jadi sekarang macam mana nak tahu yang kita sekarang ni sesuai jual atau gadai emas?

Semua ni kena bergatung kepada matlamat masing-masing. 

Orang yang jual emas ni matlamat mereka adalah untuk ambil keuntungan tunai apabila harga emas naik tinggi atau nak lepaskan aset emas tu untuk gunakan sebagai modal bei aset lain.

Manakala matlamat orang gadai emas pula untuk dapatkan tunai sementara tanpa perlu lepaskan emas. Contohnya untuk pusing modal bisnes, kecemasan, atau keperluan jangka pendek.

Jadi, nak jual atau gadai bergantung pada keperluan dan matlamat kewangan masing-masing.

Kalau nak tunai sekali jalan maka jual adalah pilihan yang tepat. 

Tapi kalau nak tunai tapi masih nak simpan aset maka gadai adalah pilihan yang tepat. 

#KayaDenganEmas #NotaCikguRidwan

Bila Waktu Terbaik Untuk Beli Emas?

Ramai yang tanya saya, “Cikgu, emas ni lebih bagus beli masa harga turun ke, atau beli je bila-bila masa?”

Soalan ni nampak mudah, tapi sebenarnya ramai tersilap cara fikir bila nak mula simpan emas.

Pertama sekali, kita kena faham matlamat sebenar simpan emas. Kata Guru saya, En. Mohd Zulkifli Shafie, penulis buku Wang Emas, beliau selalu pesan, simpan emas sekurang-kurangnya untuk tempoh dua tahun dan ke atas. 

Sebab emas bukan alat untuk cepat kaya, tapi alat untuk bina kekayaan jangka panjang.

Kalau kita faham tujuan ni, maka berapa pun harga emas sebenarnya tak penting. Yang penting, kita tahu emas tu kita nak simpan lama. 

Bila kita beli emas dengan niat nak simpan lama, kita tak kisah berapa pun harga dia. Harga naik ke, harga turun ke, kita tetap beli sebab kita tahu dalam jangka panjang nilainya akan meningkat.

Masalahnya, ramai yang tunggu harga turun baru nak beli. Padahal, bila harga turun mereka masih tunggu lagi sebab takut nanti turun lebih rendah. 

Akhirnya, simpanan emas tak pernah bertambah secara konsisten. Satu perkara yang bahaya ialah bila kita jadikan harga sebagai penentu waktu terbaik untuk beli emas.

Ini kerana guru saya selalu pesan, kaya dengan emas bukan diukur bila emas yang kita beli dulu dengan harga murah hari ini dah jadi mahal. 

Kaya dengan emas diukur bila gram emas kita sentiasa bertambah dari masa ke semasa.

Contohnya, kalau bulan ni kita ada 10 gram, bulan depan ada 20 gram. Kalau tahun ni ada 100 gram, tahun depan dah jadi 200 gram. Bila gram emas meningkat, bermakna harta kita pun turut bertambah.

Kesimpulannya, beli emas tak perlu tunggu harga turun. Asalkan duit itu memang nak disimpan lama, duit itu lebih baik ditukar jadi emas. 

Lama-lama bukan sahaja nilai emas naik, tapi harta kita pun semakin kukuh.

#KayaDenganEmas #NotaCikguRidwan

Tip Kaya Sebelum Usia 30 Tahun

 


“Bayangkan umur 25 tahun, anda dah bebas hutang jahat, ada income 5 angka, dan boleh pilih nak kerja atau tak.”

Ramai anak muda nak capai Financial Freedom dan Time Freedom. Tapi ramai sebenarnya tak tahu stretegi  sebenar untuk kaya sebelum usia 30 tahun.

Berikut 5 tip praktikal & realistik untuk anak muda nak jadi kaya bawah 30.

Pertama adalah fokus tambah pendapatan, bukan sekadar jimat semata-mata. Ramai anak muda hari ini terlalu fokus potong belanja, tapi mereka lupa tingkatkan pendapatan. Cara tambah pendapatan hari ni sangat banyak seperti buat kerja sambilan, freelance atau jadi #DealerPublicGold.

Kedua bangunkan kemahiran bernilai tinggi (high income skill). Belajar cara editting video, cara setting ads dan belajar buat sales. Kemahiran ni boleh hasilkan RM5k–RM50k sebulan tanpa perlu modal besar.

Ketiga belajar tentang wang (financial literacy). Anda kena faham beza aset vs liabiliti. Macam mana nak faham? Boleh baca buku macam Rich Dad Poor Dad, The Psychology of Money dan Misi Bebas Hutang. 

Keempat bina network dengan orang berjaya. Circle penting untuk menentukan siapa anda di masa depan. Kata guru kewangan Tuan Azizi Ali…

“Jika kamu berkawan dengan 4 orang jutawan maka kamu adalah jutawan yang ke-5”

Jadi jangan bazirkan masa muda anda dengan berkawan dengan mereka yang hanya fikir untuk habiskan duit dan berfoya-foya semata-mata. Sebaliknya, cari network supaya anda masuk dalam circle orang berjaya.

Yang terakhir adalah disiplin dan konsisten. Bila dah buat perkara yang betul anda kena pastikan ia dibuat secara berterusan. Ini kerana kejayaan dan kekayaan bukan nasib. Ia adalah skill yang boleh diulang-ulang.

(Gambar sekadar hiasan. Tiada kaitan denga tulisan di atas)

#TipKewanganPeribadi #NotaCikguRidwan

Emas Gold Bar Lagi Murah Dari Perhiasan. Betul Ke?

“Cikgu, ada beza tak beli emas dalam bentuk bar dengan barang kemas? Bar lebih murah ke sebab tak ada upah untuk tukang emas?”

Baru tadi saya terima soalan ini di ruangan komen Facebook. 

Ramai fikir emas bar langsung tak ada kos upah, tapi sebenarnya emas bar juga ada upah, cuma nilainya lebih rendah berbanding barang kemas. 

Jadi, beza utamanya bukan pada wujud atau tidaknya upah, tapi pada berapa banyak upah yang dikenakan dan tujuan pembelian emas itu sendiri.

Emas dalam bentuk bar biasanya dibeli oleh mereka yang nak jadikan emas sebagai simpanan atau pelaburan jangka panjang. 

Emas bar tidak direka untuk dipakai, jadi rekaannya ringkas dan kos pembuatannya lebih rendah. Sebab itu harga per gram emas bar selalunya lebih murah berbanding barang kemas. 

Namun, tetap ada sedikit caj tambahan, sama ada dipanggil “upah”, “premium”, atau “minting fee”. Ini kerana ada kos untuk proses pengeluaran, pembungkusan, dan pensijilan ketulenan emas tersebut.

Kelebihan emas bar ialah nilainya lebih dekat dengan harga emas semasa (spot price) dan mudah dinilai. 

Cuma, bila nak jual balik, sesetengah kedai hanya terima jenama tertentu, jadi penting untuk beli daripada pengeluar yang dikenali dan mudah dicairkan semula. 

Sementara itu, barang kemas pula lebih kepada gabungan antara aset dan aksesori. Ia boleh dipakai untuk bergaya, tetapi dalam masa sama tetap menyimpan nilai. 

Cuma, kerana ia melibatkan rekaan, ukiran dan kerja tangan tukang emas, kos upahnya jauh lebih tinggi. Bila nak jual semula, harga upah tu tak akan dikira semula dan kedai cuma bayar mengikut berat dan ketulenan emas sahaja.

Namun, kelebihan barang kemas ialah ia lebih mudah dijual di mana-mana kedai emas, dan boleh digunakan bila perlu tanpa rasa “sayang” sebab memang direka untuk dipakai.

Jadi, mana satu lebih baik? Jawapan sebenarnya bergantung pada tujuan anda beli emas. 

Kalau matlamat utama ialah untuk pelaburan dan simpan nilai, emas bar lebih sesuai sebab harganya lebih hampir dengan nilai sebenar emas di pasaran. 

Tapi kalau nak pakai sambil menyimpan nilai, barang kemas tetap pilihan yang bijak, terutama bagi wanita.

Ramai penyimpan emas yang bijak buat dua-dua iaitu simpan emas bar untuk pelaburan, dan beli barang kemas untuk gaya serta kecemasan.

Hakikatnya, emas tetap emas, tak kira bentuk apa pun. Bezanya cuma pada fungsi dan cara kita guna. Yang paling penting, mula simpan dulu. Sebab harga emas tak pernah tunggu sesiapa. 

#KayaDenganEmas #NotaCikguRidwan

Selasa, 14 Oktober 2025

Simpan Emas 100 Gram, Untung RM22,222 Dalam 2 Tahun!

 


Saya nak kongsi sesuatu yang mungkin boleh buka mata ramai orang.

Pada bulan November 2023, saya simpan emas 100 gram Public Gold dengan harga RM32,869.

Hari ini, Oktober 2025, harga 100 gram yang sama dah jadi RM59,237.

Kalau saya jual balik kepada Public Gold (ikut harga buy back), saya akan dapat RM55,091 tunai.

Maknanya, dalam masa 2 tahun sahaja, simpanan emas saya naik sebanyak RM22,222 atau 67.6% keuntungan. 

Simpan aset emas ni mudah. Tak macam aset lain. Saya cuma beli, simpan, dan tunggu.

Inilah beza simpan duit dengan simpan emas.

Duit makin susut nilai, tapi emas makin bernilai.

Dan yang paling best, emas ni bukan pelaburan atas kertas. Emas adalah harta sebenar yang boleh saya pegang.

Kalau saya boleh dapat RM22,000 lebih dalam masa 2 tahun hanya dengan tukar duit kepada emas, bayangkan apa akan jadi kalau saya gandakan gram saya setiap tahun?

Simpan emas bukan sebab nak cepat kaya, tapi sebab nak selamatkan nilai harta kita dari terus bocor.

#TestimoniPenyimpanEmas #PublicGold

Harga Emas Tertinggi Dalam Sejarah, Apa Patut Kita Buat?



Saya masih ingat lagi…

Tahun 2020, masa mula-mula saya kenal emas di #PublicGold dengan harga 1 gram cuma RM267.

Hari ini, harga emas dah capai tahap tertinggi dalam sejarah iaitu RM600 per gram!

Ramai terkejut. Ramai juga tanya saya,

“Cikgu, patut jual ke sekarang ni? Dah untung banyak dah ni!”

Jujur saya kata dari tahun 2020 sampai sekarang, saya tak pernah jual emas sebab betul-betul nak jual. 

Melainkan saya jual sebab nak belajar cara jual dan buat content untuk tujuan SOP bagi penyimpan emas di bawah bimbingan saya.

Bukan sebab saya tak nampak untung,

tapi sebab saya simpan emas bukan untuk dapat untung RM semata-mata tapi untuk saya kumpul aset dan lindungi harta daripada inflasi.

Berkali-kali harga emas naik tinggi, saya tetap beli, beli dan beli lagi.

Kalau tiba-tiba perlukan duit, saya tak panik.

Saya pajak emas, dapat tunai, dan bila ada duit saya tebus balik.

Aset masih kekal, simpanan tetap selamat.

Saya buat semua ni sebab saya belajar ilmu emas yang betul.

Guru saya, Tuan Hj Mohd Zulkifli Shafie, penulis buku Wang Emas, selalu pesan:

“Emas bukan semata-mata tentang harga.

Ia tentang tabungan jangka panjang.”

Sebab tu saya tak kejar turun naik harga.

Saya cuma fokus menabung emas setiap bulan melalui #AkaunGAP Public Gold.

Nak hati lebih tenang, saya teruskan dengan Auto Debit GAP setiap bulan emas masuk automatik, tanpa gagal.

Kuncinya bukan timing the market,

tapi discipline the habit.

Yang penting sekarang adalah terus menabung.

Sebab kalau harga sekarang dah tertinggi dalam sejarah, itu tandanya nilai duit kita makin rendah.

Dan emaslah pelindung paling ampuh sepanjang zaman.

#KayaDenganEmas

Kenapa Harga Emas Public Gold Tak Serendah Emas di Bank?

Mengikut pembacaan saya di blog Guru Emas tulisan En. Mohd Zulkifli Shafie, ada beberapa sebab penting kenapa harga emas di Public Gold (PG)...