Soalan ni nampak mudah, tapi sebenarnya ramai tersilap cara fikir bila nak mula simpan emas.
Pertama sekali, kita kena faham matlamat sebenar simpan emas. Kata Guru saya, En. Mohd Zulkifli Shafie, penulis buku Wang Emas, beliau selalu pesan, simpan emas sekurang-kurangnya untuk tempoh dua tahun dan ke atas.
Sebab emas bukan alat untuk cepat kaya, tapi alat untuk bina kekayaan jangka panjang.
Kalau kita faham tujuan ni, maka berapa pun harga emas sebenarnya tak penting. Yang penting, kita tahu emas tu kita nak simpan lama.
Bila kita beli emas dengan niat nak simpan lama, kita tak kisah berapa pun harga dia. Harga naik ke, harga turun ke, kita tetap beli sebab kita tahu dalam jangka panjang nilainya akan meningkat.
Masalahnya, ramai yang tunggu harga turun baru nak beli. Padahal, bila harga turun mereka masih tunggu lagi sebab takut nanti turun lebih rendah.
Akhirnya, simpanan emas tak pernah bertambah secara konsisten. Satu perkara yang bahaya ialah bila kita jadikan harga sebagai penentu waktu terbaik untuk beli emas.
Ini kerana guru saya selalu pesan, kaya dengan emas bukan diukur bila emas yang kita beli dulu dengan harga murah hari ini dah jadi mahal.
Kaya dengan emas diukur bila gram emas kita sentiasa bertambah dari masa ke semasa.
Contohnya, kalau bulan ni kita ada 10 gram, bulan depan ada 20 gram. Kalau tahun ni ada 100 gram, tahun depan dah jadi 200 gram. Bila gram emas meningkat, bermakna harta kita pun turut bertambah.
Kesimpulannya, beli emas tak perlu tunggu harga turun. Asalkan duit itu memang nak disimpan lama, duit itu lebih baik ditukar jadi emas.
Lama-lama bukan sahaja nilai emas naik, tapi harta kita pun semakin kukuh.
#KayaDenganEmas #NotaCikguRidwan

Tiada ulasan:
Catat Ulasan