Ramai tanya saya “Kenapa cikgu sungguh-sungguh buat bisnes #PublicGold ?”
Okey baiklah, hari ini saya senaraikan 8 point “Kenapa Public Gold?”
Point ni agak panjang, tapi bacalah kalau anda nak tahu kenapa. Saya yakin anda pasti tak menyesal baca.
1) Produk Evergreen
Siapa je tak suka emas kan? Emas adalah aset bernilai dan relevan sepanjang zaman. Dari dulu sampai sekarang emas tetap dianggap mahal sebab ia adalah simbol kekayaan. Jadi mudah untuk saya ajar orang simpan emas. Sebab bila beli emas bermakna kita simpan duit bukan habiskan duit.
2) Bisnes Online.
Kata Tuan Azizi Ali Mentor Wang “Antara sebab saya pilih Public Gold adalah sebab bisnes ni boleh buat “Online”. Ini paling penting saya rasa. Di mana sahaja saya berada bisnes saya tetap berjalan. Saya hanya perlukan Phone dan Internet sahaja. Contohnya bulan ni 9 hari saya berada di luar negara iaitu Dubai, Switzerland dan Italy mengikuti Percutian VVIP Tajaan penuh Public Gold. Tapi saya masih lagi saya boleh rekod video content, bantu penyimpan emas dan bantu dealer aktif di bawah bimbingan saya. Dengan kata lain bisnes saya tetap berjalan walaupun saya tak berada di Malaysia.
3) Tidak perlu pegang Stok atau hantar stok kepada pelanggan.
Bagi saya inilah perkara yang paling best tentang Public Gold. Bayangkan kalau saya jual emas dan perlu hantar stok kepada pelanggan kalau mereka nak beli emas. Fuhh sudah pasti bisnes saya stop bila saya tiada di Malaysia. Kalau nak pastikan bisnes saya tetap on pun saya kena ada staf untuk mereka uruskan dan ini perlukan kos. Tapi di Public Gold semua kerja operation ni dealer tak perlu buat! Semua staf Public Gold yang uruskan dan dealer tak perlu bayar walaupun satu sen. Contohnya proses bungkus parcel, postage parcel atau urus maklumat order. Tugas dealer hanya sebarkan kebaikan menabung emas dan pastikan pelanggan simpan emas secara konsisten dengan ilmu yang betul di Public Gold. Dengan kata lain tugas dealer ni buat marketting, sales dan guide customers sahaja.
4) Percutian VVIP ke Oversea setiap tahun Tajaan Penuh Public Gold
Awal-awal dulu saya tak tertarik dengan percutian sebab saya bukan kaki jalan. Tapi saya silap. Hari ni saya sendiri menghadiri percutian ni dengan 2 tiket ke #PGLSSwitzerland. Perasaan gembira tak boleh saya gambarkan. Masuk sahaja ke Flight Emirates dengar wish daripada KRU kapal yang ucap selamat datang kepada Public Gold Group. Fuh belum lagi sampai ke swiss permulaan dah rasa macam VVIP. Sampai di Swiss tak payah cakap lah. Dari makan, jalan-jalan, hotel, duit belanja dan layanan tour guide semua Tip Top by Public Gold. Yang menarik hari ni saya dah pun unlocked 2 tiket ke Cape Town Next Year. Alhamdulillah.
5) Tiada target sales untuk kekalkan status dealership.
Dealership di Public Gold adalah seumur hidup. Aktif atau tak anda tetap dealer Public Gold. Bezanya “Buat dapat, Tak buat tak dapat, Tak dapat sebab tak buat” - Kata Mentor En Mohd Zulkifli Shafie. Jadi tak perlu stress jadi dealer. Nothing to lose. Walau anda sibuk kerja sekali pun masih boleh buat bisnes Public Gold. Mula dulu dengan Part Time nanti anda dah faham pasti anda akan buat Full Time untuk dapat kebebasan Kewangan dan Masa.
6) Bisnes yang boleh diwarisi
Ini bukan cakap kosong. Sebenarnya sudah ada bukti di Public Gold yang mana income Public Gold sememangnya boleh diwarisi. Contohhya, Kematian Arwah Tuan Muda Abdur Rahman Al-Amin Ismail tahun lepas (Al Fatihah dibaca). Hari ini ibu beliau mewarisi income daripada bisnes beliau di Public Gold konsisten setiap bulan. Berapa banyak saya tak pasti. Tapi ia ibarat arwah tinggalkan 5 ke 10 buah rumah sewa yang boleh jana income bersih RM500 sebulan untuk setiap satu rumah. Subhanallah berkat sungguh hidup arwah. Sudah meninggal dunia tapi masih lagi bagi manfaat kepada ibu beliau.
7) Bisnes tak melekat pada tubuh badan kita.
Ini satu point yang sangat mahal saya rasa. Kenapa saya cakap macam tu? Ini sebab kalau kita nak ada bisnes yang besar. Jangan biarkan bisnes melekat pada kita. Kalau melekat confirm bisnes tak boleh berkembang. Di Public Gold, walaupun pelanggan saya beli emas berkali-kali. Tapi saya hanya perlu ajar dia beli sekali sahaja. Selebihnya semua saya hantar mereka masuk sekolah (seminar) iaitu team saya Public Gold By 5G Associates Official. Yang best seminar ni bukan saya sahaja kena jadi speaker. Siapa-siapa sahaja boleh jadi speaker. Jadi pelanggan saya akan berdikari dan boleh belajar ilmu emas bila-bila masa sahaja dan di mana jua mereka berada. Kesimpulanya bisnes ni tak melekat pada saya. Walau saya meninggal dunia sekali pun bisnes tetap boleh berkembang sebab saya ada team yang akan sentiasa aktif buat seminar dan siap sedia dengan SOP atau FAQ soalan asas tentang emas.
8)Jalan paling mudah, cepat dan murah untuk capai “Financial Freedom & Time Freedom”
Nak capai bebas wang dan masa bukan satu benda mudah. Kalau ikut kata Mentor saya En Mohd Zulkifli Shafie bebas wang ni bermakna kita ada pendapatan pasif yang melebihi perbelanjaan bulanan kita. Pendapatan pasif bermakna kita tak perlu pergi kerja iaitu jual masa untuk dapatkan duit. Duit boleh dapat walau kita tak perlu pergi kerja pagi dan balik malam. Haa macam mana tu? Saya tak nak cakap kat sini. Benda ni anda boleh belajar dalam seminar #Membina1JutaPertama yang disampaikan terus oleh mentor saya Tuan Zulkifli. Tahun ni ada 2 lagi seminar #M1JP yang belum berlangsung iaitu di kelantan dan sabah. Yang berminat boleh hubungi saya.
Saya rasa cukup itu sahaja dahulu. Ada banyak lagi point “Kenapa Public Gold” kalau nak saya senaraikan.
Alhamdulillah ini tahun ke 4 saya bersama Public Gold. Hari ni ada lebih 6000 orang penyimpan emas berada di bawah bimbingan saya.
Selain itu saya juga ada lebih daripada 70 orang dealer yang bersama saya membantu sebarkan ilmu emas kepada masyarakat di Malaysia.
Misi saya seterusnya adalah lengkapkan misi mentor saya iaitu #MisiUbahHidup1000Keluarga dengan jalan bisnes Public Gold.
Insha Allah. Doakan saya.
Mohamed Ridwan
12 September
Dubai International Airport
Tiada ulasan:
Catat Ulasan