Khamis, 5 Jun 2025

SYUKUR SAYA MENETAP DI MALAYSIA


 Hujan Emas Di Negeri Orang, Hujan Batu di Negeri sendiri, Baik Lagi Negeri Sendiri.

Seumur hidup saya, ini kalau pertama saya bercuti ke eropah.
Banyak saya belajar sepanjang permusafiran saya di negara orang. Apa yang paling terkesan adalah makanan dan tempat solat.
Di eropah khsususnya, susah nak cari makanan halal dan surau kalau nak dibandingkan dengan malaysia atau negara islam.
Sepanjang jalan kalau nak makan atau nak beli makanan kita sendiri kena semak dan tanya penjual adakah ini halal. Kalau penjual tak tau terpaksa kita cek kandungan makanan tersebut.
Ini situasi baru untuk saya sebab ini pengalaman pertama saya. Sebab kalau di Malaysia situasi ni saya tak hadapi.
Di Malaysia nak beli makanan dah ada cop halal oleh jakim. Memang tak perlu semak dah. Lagi satu, di Malaysia pergi mana-mana tempat pun mudah untuk cari surau untuk solat.
Fuhh dulu saya tak rasa benda ni nikmat.
Bila ke luar negara baru saya rasa nikmat dan syukur betul berada di negara islam Malaysia🇲🇾.
Saya tak salahkan mereka sebab memang mereka bukan negara islam. Cuma pengalaman ni telah menambahkan lagi rasa syukur saya.
Jujur saya cakap, negara luar seronok untuk bercuti sahaja tapi bukan untuk menetap.
Kalau menetap saya lebih suka di Malaysia berbanding di luar negara.
Mohamed Ridwan
7 September 2024
Zurich, Switzerland

Tiada ulasan:

Hidup Tak Keras. Hanya Kita Yang Malas!

  Untuk Anak muda hari ni yang tengah struggle bina kehidupan.  Peringkat awal bina kehidupan kena percaya pada kerja keras. Jangan termakan...