Pilih apa kita suka. Bukan apa yang orang suka.
Sungguh terinspirasi saya baca kisah daripada pelajar terbaik SPM 2008 iaitu Nik Nur Madihah.
Kisah beliau terkesan dihati saya. Sebab apa yang beliau lalui itu pernah juga saya lalui sekitar tahun 2016.
“Kenapa pilih bidang sastera pendidikan. Kenapa bukan bidang ekonomi? Kamu kan belajar terbaik STPM sekolah dapat 4Flat!”
Demikianlah kata-kata dari seorang guru di sekolah saya dulu. Tapi jangan salah faham. Kata-kata ini ada benar juga.
Sebab masa STPM, ekonomi adalah subjek yang saya sentiasa skor A sepanjang 3 semester.
Jadi tak peliklah kenapa persoalan ini timbul. Tapi apa yang saya nak kongsikan di sini. Ramai tak tahu.
Selama di STPM, walaupun saya sangat perform dalam subjek ekonomi. Tapi dalam hati, memang saya tak minat ekonomi!
Ye betul saya tak minat. Dalam erti kata lain saya skor dalam subjek ekonomi hanya semata-mata nak menepis persepsi pelajar ketika itu…
“Masuk Tingkatan 6 nanti, kau jangan duduk kelas Eko. Susah nak skor nanti”
Ini kata-kata yang sering saya dengar sebelum menjejakkan kaki ke Tingkatan 6.
Jadi motivasi saya untuk skor A adalah untuk buktikan Ekonomi ni tak susah. Sangat senang dan boleh skor A kalau kita belajar betul-betul.
Alhamdulillah, pilihan yang tepat di universiti saya ambil kos sastera pendidikan. Bidang yang kena dengan diri saya.
Kalau saya ambil ekonomi semata-mata nak nampak bagus di mata orang sedangkan dalam hati saya sendiri tak minat.
Pasti saya tak menikmati hidup semasa belajar di universiti.
Kesimpulannya, kita bertanggungjawab atas hidup kita. Ibu bapa atau guru kita boleh bagi pandangan. Tapi ia tak semestinya betul.
Tanya hati kita apa kita nak. Kita bergerak ke arah itu dan buat yang terbaik.
Insha Allah
Mohamed Ridwan
Ampang, Kuala Lumpur
04 Jun 2024
Tiada ulasan:
Catat Ulasan