Isnin, 2 September 2024

Pencen Bukan Soal Usia, Tapi Soal Kedudukan Kewangan



1 September 2024 secara rasminya saya telah bersara sebagai Guru.


Rasa sedih dan gembira bercampur baur dalam diri saya. Sedih sebab terpaksa tinggalkan cita-cita yang dibina sejak dibangku sekolah lagi. 


Gembira sebab ini adalah impian baru yang saya bina apabila meningkat dewasa iaitu ada kebebasan duit dan masa.


Saya pun tak sangka, bisnes yang saya bina 3 tahun lalu secara “Part Time” hari ni menjadi sumber rezeki utama bagi saya.


Syukur Alhamdulillah.


Tapi saya nak semua tahu, keputusan untuk berhenti jadi guru bukan “overnight” punya decision.


Sebenarnya, perkara ni saya dah rancang 3 tahun yang lalu. Saya bermula dengan kosong tak tahu apa-apa tentang emas.


Hari demi hari saya belajar ilmu emas dan bisnes. Fasa permulaan membina bisnes tak mudah. Macam Tuan Azam selalu sebut…..


“Di fasa membina bisnes, kita akan banyak rasa penat, sedih, kecewa, terasa hati, tersentap, gembira dan sebagainya. Tapi kita tetap perlu teruskan untuk mencapai impian hidup kita.”


Jadi sebab impian saya besar iaitu nak jadi kaya, banyak duit dan boleh bantu ramai orang sekeliling (keluarga) saya tanpa saya fikir lagi pasal duit.


Maka saya “all out” 3 tahun pertama dalam membina bisnes. 


Sebab saya dah faham kalau kita nak jadi kaya tak cukup dengan kerja makan gaji. Kita kena ada satu bisnes bersistem yang boleh buat duit secara “unlimited.”


Syukur sebab saya jumpa bisnes Public Gold awal iaitu sebelum saya posting menjadi guru. 


Jadi saya dah plan yang saya mungkin jadi guru tak lebih dari 5 tahun. Tapi ia berlaku kurang dari 5 tahun iaitu saya hanya makan gaji selama 2 tahun 5 bulan sahaja.


Jadi hari ini saya boleh rancang sendiri jadual saya. Saya pasti makin sibuk lepas ni untuk bantu team di bawah saya dan sambung #MisiUbahHidup1000Keluarga dengan Bisnes Public Gold yang diilhamkan oleh mentor kami iaitu En Mohd Zulkifli Shafie.


Tapi ini adalah sibuk yang saya plan dan saya happy buat benda ni.


Walaupun saya dah bersara dari seorang guru sekolah tapi sebenarnya saya masih seorang guru yang hari ini mempunyai lebih 6000 penyimpan emas di bawah bimbingan saya.


Alhamdulillah. Doakan saya.


Mohamed Ridwan

1 September 2024

Cheras, Kuala Lumpur


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Moga tercapai segala hajat Cg Wea, inshaAllah doakan saya menyusul pula.

PENCEN DI USIA MUDA

  “Kita je yang senyum ni naik MRT. Orang lain semua muka masam” - Kata En Muttaqin Ini kali pertama saya naik MRT sepanjang 3 tahun menetap...