Bulan lepas lebih 4 buah showroom kereta saya dan isteri masuk.
Dah lebih 4 buah kereta kami dah “test drive”. Masa tu nafsu membuak-buak nak submit slip gaji untuk buat loan kereta baru.
Tapi selepas pulang dari rumah. Saya cuba termenung seketika. Ambil tempoh bertenang.
Selesai solat maghrib dan baca Al-quran saya terus capai satu buku kewanagan bertajuk “Maharaja Wang” tulisan Tuan Azizi Ali.
Helaian demi helaian saya baca ibarat ada satu panahan tajam yang menusuk masuk ke dada saya.
Sungguh tajam kata-kata beliau dalam buku tersebut.
Dalam buku tu ada satu kata-kata yang buat saya termenung…
“Saya rasa lebih baik anda sewa sahaja kereta yang anda suka untuk berseronok. Lagipun, buat apa berbelanja wang yang gila banyaknya untuk sesuatu yang susut nilainya setiap bulan?”
Saya fikir ada betulnya juga. Sebenarnya kami dah ada sebuah kenderaan yang boleh bawa kami dari titik A ke titik B.
Jadi keputusan ambil sebuah lagi kereta dengan hutang yang baru selama 9 tahun bagi saya sangat ralat!
Nasib saya cepat insaf. Huhhh
Sebenarnya keputusan ambil kereta baru adalah atas alasan untuk balik kampung.
Bila saya fikir semula. Itu hanya alasan sahaja untuk menyedapkan hati saya supaya saya dapat beli kereta baru.
Sebab saya balik kampung mungkin dalam 3 bulan 1 kali balik. Jadi kos bayar loan dan bela kereta wajib bayar sepanjang tahun.
Sedangkan kereta saya hanya guna 4 kali dalam setahun.
Kalau macam ni jauh lebih jimat saya sewa sahaja kereta kalau nak balik kampung dengan kereta baru.
Lagi satu bila sewa saya bebas nak pilih kereta apa yang saya nak pakai. Dan sebenarnya kos sewa kereta jauh lebih jimat dari kos bela kereta sendiri.
Itu lebih bijak sebenarnya. Alhamdulillah nasib baik saya ambil tempoh bertenang.
Kalau tak hari ni saya akan tambah lagi satu komitmen hutang selama 9 tahun yang sebenarnya ia belum lagi satu keperluan…
Mohamed Ridwan
2 September 2024
Cheras, Kuala Lumpur
#TipKewanganPeribadi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan