Sewaktu saya posting jadi guru di Kuala Lumpur pada tahun 2022.
Pada masa tu saya sudah ada sumber pendapatan sampingan iaitu bisnes #PublicGold.
Kalau ikutkan saya boleh hidup mengikut kemampuan apa yang saya ada. Tapi saya memilih untuk hidup di bawah kemampuan.
Di saat pendapatan bisnes saya meningkat naik jauh daripada gaji kerja hakiki saya. Saya masih lagi kekal bermotosikal ke tempat kerja.
Balik kampung saya lebih selesa naik bas atau tumpang kereta kawan. Kawan pun seronok kita tumpang dia.
Boleh gilir drive dan kongsi duit minyak. Ada orang kata kenapa tak beli kereta, kan mampu? Saya jawab ye mampu tapi bukan masanya lagi.
Dengan kata lain belum lagi jadi satu keperluan. Kalau sudah jadi keperluan pasti saya akan beli.
Hidup di bawah kemampuan ni bukan selama-lamanya. Mungkin untuk 5 tahun pertama dalam membina kekayaan.
Fokus saya pada permulaan adalah cukupkan tabungan dan kumpul aset emas.
Kata mentor saya En Mohd Zulkifli Shafie “Kekayaan bukanlah berapa besar gaji, tapi ia tentang berapa banyak simpanan”
Dulu saya tak faham kenapa kena tengok simpanan untuk menentukan kekayaan.
Rupanya kekayaan ini bermaksud berapa lama kita boleh bertahan andai kata kita hilang sumber pendapatan.
Sudah pasti disaat kita hilang sumber pendapatan maka simpananlah yang kita akan guna untuk teruskan kehidupan sementara mencari kerja baru.
Buktinya waktu covid-19 berapa ramai yang dibuang kerja dan mereka yang ada simpanan insha allah boleh teruskan kehidupan macam biasa.
Tapi yang tiada tabungan mungkin terpaksa berhutang.
Jadi pesan untuk diri sendiri dan semua waktu sihat uruslah kewangan betul-betul.
Demi masa depan yang belum tentu untung nasib kita.
Mohamed Ridwan
26 September 2024
Cheras, KL
#TipKewanganPeribadi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan