“Semua nasihat betul berdasarkan apa yang kita percaya dan kita bertanggungjawab atas apa yang kita percaya”
Boleh tak nak percaya duit penting. Boleh asalkan kita sanggup usaha untuk bina bisnes supaya kita ada banyak duit.
Bagi saya duit penting. Duit bagi saya adalah akses kepada banyak perkara dalam hidup.
Tiada alasan untuk kita jadi miskin di zaman sekarang. Dengan adanya media sosial semua orang ada peluang untuk buat duit.
Janji ada keinginan yang kuat untuk belajar dan buat apa yang dipelajari.
Zaman belajar dulu saya buat macam-macam kerja untuk dapatkan duit. Alhamdulillah kesusahan yang saya lalui dulu menambahkan rasa syukur atas apa yang saya dapat hari ini.
Sebab itu dalam dunia media sosial hari ini kena hati-hati dengan nasihat yang kita dapat. Khususnya nasihat tentang kewangan.
Semua nasihat itu betul. Tapi betul untuk apa yang kita nak jadi.
Kalau nak jadi average people, hidup biasa-biasa, buat satu sahaja kerja dan ada satu sumber pendapatan. Kita kena terima yang pilihan dalam hidup kita akan terhad.
Mungkin kita kena kerja 30 tahun makan gaji dan tunggu pencen. Dan ini tak salah. Betul andai ini yang kita mahu.
Tapi saya pilih nasihat yang beza. Saya kerja makan gaji 2 tahun 6 bulan sahaja. Lepas tu saya saya pilih untuk tukar kerjaya iaitu buat bisnes.
Melalui jalan bisnes #PublicGold. Alhamdulillah hari ini saya dapat nikmati kebebasan duit dan masa.
Lagi seronok setiap tahun saya dan isteri berpeluang melihat dunia tajaan 100 % daripada Public Gold.
Tak dinafikan jalan untuk jadi kaya adalah bisnes. Dengan bisnes kita boleh buat banyak duit.
Dan saya percaya dengan duit yang banyak kita boleh buat banyak kebaikan.
Mohamed Ridwan
Top Of Europe, Switzerland
Tiada ulasan:
Catat Ulasan