Isnin, 26 Mei 2025

BELI ATAU SEWA RUMAH?

 


“Cikgu, mana lebih baik menyewa atau beli rumah bagi situasi anak muda yang baru berkerja di KL. Posting guru gaji anggaran RM3K macam tu” 

Baru-baru ini saya ada terima satu soalan daripada junior saya sewaktu belajar di Usm dulu.

Dia anggap saya pakar kewangan dan emas sebab saya dah 5 tahun kongsi ilmu emas. Tapi sebenarnya tak pun😅.

Saya bukan pakar. Saya hanya kongsikan apa yang guru-guru kewangan cakap dan apply dalam kehidupan saya.

Okey macam ini. Bagi yang awal-awal bina kerjaya ni tak perlu lagi beli rumah. Menyewa lebih baik.

Beli rumah untuk duduk (liabiliti) sendiri adalah silap besar anak muda sekarang. Bila beli rumah kita dah diikat dengan komitmen bulanan selama 30 tahun. Fuh lama tu….

Contoh beli rumah harga RM400 K, Deposit RM40 K (10%) dengan pinjaman bank sebanyak RM360 K. Dalam tempoh 30 tahun dan kadar faedah 4% Setahun.

Bermakna bayaran bulanan untuk rumah lebih kurang RM1720 sebulan.

Bayangkan gaji RM3000, komitmen rumah sahaja dah telan separuh daripada gaji bulanan. 

Ada lagi lebihan RM1280. Huh mencabar. Kalau saya memang tak akan buat macam ni.

Jadi apa kena buat? Anak muda yang baru nak mula hidup menyewa la dulu. Lagi-lagi yang belum kahwin.

Menyewa jauh lebih jimat dan jauh lebih mobiliti. Sebab awal-awal kerja kita tak pasti akan menetap satu kawasan tu sampai bila-bila.

Boleh jadi nanti kena pindah tempat kerja mudah nak keluar rumah sewa dan cari rumah lain pula.

Apa yang penting untuk anak muda adalah jaga cahsflow bulanan. Kita nak hidup dengan cashflow yang positif setiap bulan.

Masa kerja tu cukupkan simpanan. Yang paling penting simpanan kecemasan jangka pendek 3 bulan gaji.

Yang ini letak dalam Tabung Haji atau ASB. Terpulang nak pilih yang mana.

Manakala buat simpanan jangka masa panjang pula dalam bentuk aset emas.

Yang ni Buka #AkaunEmasGAP Public Gold dan simpan 10 % gaji bulanan dalam bentuk emas.

Di samping tu kena belajar kemahiran macam mana nak tambah pendapatan.

Tak dinafikan menyimpan sahaja kita tidak akan cepat kaya. Kata guru saya menyimpan hanyalah asas kepada membina kekayaan sahaja.

Nak kaya kena belajar kemahiran tambah pendapatan. Contohnya boleh belajar buat bisnes bersistem yang boleh buat secara Part Time dan boleh jana pendapatan Pasif.

Bisnes bersistem ada banyak di malaysia. Yang saya buat adalah #BisnesPublicGold.

Alhamdulillah pasif income saya dengan bisnes ni insha allah konsisten tak kurang 4 angka sebulan. Syukur….

Jadi ingat anak muda belajar ilmu urus duit dan tambah duit. Insha Allah dengan ilmu yang betul kewangan anda akan bertambah kukuh.

Bila kewangan dah makin kukuh. Masa tu nak beli 2 3 biji rumah pun boleh.

Sekian moga bermanfaat….

#TipKewanganPeribadi #NotaCikguRidwan

Tiada ulasan:

Bina Structure Bisnes Betul-Betul. Sekali Qualify PGLS, Qualify Sampai Mati!

Pesan mentor, lambat atau cepat FMD pasti akan qualify double ticket ke PGLS. Antara sebabnya ialah bisnes ni bersifat “accumulated” Dengan ...