Khamis, 16 Oktober 2025

Emas mahal sekarang. Nak Jual atau Gadai?

Ramai tengah pening kepala bila tengok harga emas makin tinggi.

Kalau jual sekarang, boleh dapat untung tunai segera.

Tapi kalau gadai, emas masih milik kita, cuma dapat guna duit sementara.

Jadi mana satu pilihan bijak? Sebelum buat keputusan, jom kita faham dulu apa beza jual dan gadai emas. 

Apa maksud “Jual Emas”? Jual emas bermaksud anda menukar emas kepada wang tunai secara kekal. Bila dah jual, emas tu bukan lagi milik anda.

Apa pula maksud “Gadai Emas”? Gadai emas pula bermaksud anda pinjam duit dengan cagaran emas. Emas tu disimpan sementara di tempat pajak, dan bila anda tebus balik emas tu masih milik anda.

Jadi sekarang macam mana nak tahu yang kita sekarang ni sesuai jual atau gadai emas?

Semua ni kena bergatung kepada matlamat masing-masing. 

Orang yang jual emas ni matlamat mereka adalah untuk ambil keuntungan tunai apabila harga emas naik tinggi atau nak lepaskan aset emas tu untuk gunakan sebagai modal bei aset lain.

Manakala matlamat orang gadai emas pula untuk dapatkan tunai sementara tanpa perlu lepaskan emas. Contohnya untuk pusing modal bisnes, kecemasan, atau keperluan jangka pendek.

Jadi, nak jual atau gadai bergantung pada keperluan dan matlamat kewangan masing-masing.

Kalau nak tunai sekali jalan maka jual adalah pilihan yang tepat. 

Tapi kalau nak tunai tapi masih nak simpan aset maka gadai adalah pilihan yang tepat. 

#KayaDenganEmas #NotaCikguRidwan

Tiada ulasan:

Kenapa Harga Emas Public Gold Tak Serendah Emas di Bank?

Mengikut pembacaan saya di blog Guru Emas tulisan En. Mohd Zulkifli Shafie, ada beberapa sebab penting kenapa harga emas di Public Gold (PG)...