Khamis, 16 Oktober 2025

10 Dinar vs 5 Dinar. Mana Lagi Untung Disimpan?

Ramai yang tanya……

“Cikgu, kalau saya nak simpan emas, lebih baik beli 10 Dinar atau 5 Dinar?” 

Sebenarnya, kedua-duanya tetap menguntungkan, sebab nilai emas sentiasa ikut harga semasa dunia. Tapi kalau nak faham dari sudut strategi simpanan, ada beza sedikit….

🔸 10 Dinar

➡️ Berat lebih besar (lebih kurang 42.5g)

➡️ Harga per gram biasanya lebih murah sebab “spread” lebih kecil

➡️ Sesuai untuk simpanan jangka panjang dan perlukan modal yang besar tapi akan dapat pulangan lebih tinggi bila harga naik

🔹 5 Dinar

➡️ Berat separuh daripada 10 Dinar (21.25g)

➡️ Modal lebih rendah, senang mula simpan

➡️ Mudah dicairkan bila perlukan duit cepat

Jadi Kesimpulannya….

Kalau anda nak maksimumkan keuntungan dalam jangka panjang, 10 Dinar lebih berbaloi sebab kos per gram lebih rendah.

Tapi kalau anda nak mula dulu dengan bajet sederhana atau nak simpan secara berperingkat, 5 Dinar pun pilihan bijak!

Yang penting mula simpan emas sekarang, bukan tunggu harga murah baru nak simpan, sebab berapa pun harga emas sekarang. itu tak terlalu penting.

Yang paling penting berapa gram emas yang kita ada sekarang.

#KayaDenganEmas #NotaCikguRidwan

Tiada ulasan:

Kenapa Harga Emas Public Gold Tak Serendah Emas di Bank?

Mengikut pembacaan saya di blog Guru Emas tulisan En. Mohd Zulkifli Shafie, ada beberapa sebab penting kenapa harga emas di Public Gold (PG)...