“Bayangkan umur 25 tahun, anda dah bebas hutang jahat, ada income 5 angka, dan boleh pilih nak kerja atau tak.”
Ramai anak muda nak capai Financial Freedom dan Time Freedom. Tapi ramai sebenarnya tak tahu stretegi sebenar untuk kaya sebelum usia 30 tahun.
Berikut 5 tip praktikal & realistik untuk anak muda nak jadi kaya bawah 30.
Pertama adalah fokus tambah pendapatan, bukan sekadar jimat semata-mata. Ramai anak muda hari ini terlalu fokus potong belanja, tapi mereka lupa tingkatkan pendapatan. Cara tambah pendapatan hari ni sangat banyak seperti buat kerja sambilan, freelance atau jadi #DealerPublicGold.
Kedua bangunkan kemahiran bernilai tinggi (high income skill). Belajar cara editting video, cara setting ads dan belajar buat sales. Kemahiran ni boleh hasilkan RM5k–RM50k sebulan tanpa perlu modal besar.
Ketiga belajar tentang wang (financial literacy). Anda kena faham beza aset vs liabiliti. Macam mana nak faham? Boleh baca buku macam Rich Dad Poor Dad, The Psychology of Money dan Misi Bebas Hutang.
Keempat bina network dengan orang berjaya. Circle penting untuk menentukan siapa anda di masa depan. Kata guru kewangan Tuan Azizi Ali…
“Jika kamu berkawan dengan 4 orang jutawan maka kamu adalah jutawan yang ke-5”
Jadi jangan bazirkan masa muda anda dengan berkawan dengan mereka yang hanya fikir untuk habiskan duit dan berfoya-foya semata-mata. Sebaliknya, cari network supaya anda masuk dalam circle orang berjaya.
Yang terakhir adalah disiplin dan konsisten. Bila dah buat perkara yang betul anda kena pastikan ia dibuat secara berterusan. Ini kerana kejayaan dan kekayaan bukan nasib. Ia adalah skill yang boleh diulang-ulang.
(Gambar sekadar hiasan. Tiada kaitan denga tulisan di atas)
#TipKewanganPeribadi #NotaCikguRidwan

Tiada ulasan:
Catat Ulasan