Saya masih ingat lagi…
Tahun 2020, masa mula-mula saya kenal emas di #PublicGold dengan harga 1 gram cuma RM267.
Hari ini, harga emas dah capai tahap tertinggi dalam sejarah iaitu RM600 per gram!
Ramai terkejut. Ramai juga tanya saya,
“Cikgu, patut jual ke sekarang ni? Dah untung banyak dah ni!”
Jujur saya kata dari tahun 2020 sampai sekarang, saya tak pernah jual emas sebab betul-betul nak jual.
Melainkan saya jual sebab nak belajar cara jual dan buat content untuk tujuan SOP bagi penyimpan emas di bawah bimbingan saya.
Bukan sebab saya tak nampak untung,
tapi sebab saya simpan emas bukan untuk dapat untung RM semata-mata tapi untuk saya kumpul aset dan lindungi harta daripada inflasi.
Berkali-kali harga emas naik tinggi, saya tetap beli, beli dan beli lagi.
Kalau tiba-tiba perlukan duit, saya tak panik.
Saya pajak emas, dapat tunai, dan bila ada duit saya tebus balik.
Aset masih kekal, simpanan tetap selamat.
Saya buat semua ni sebab saya belajar ilmu emas yang betul.
Guru saya, Tuan Hj Mohd Zulkifli Shafie, penulis buku Wang Emas, selalu pesan:
“Emas bukan semata-mata tentang harga.
Ia tentang tabungan jangka panjang.”
Sebab tu saya tak kejar turun naik harga.
Saya cuma fokus menabung emas setiap bulan melalui #AkaunGAP Public Gold.
Nak hati lebih tenang, saya teruskan dengan Auto Debit GAP setiap bulan emas masuk automatik, tanpa gagal.
Kuncinya bukan timing the market,
tapi discipline the habit.
Yang penting sekarang adalah terus menabung.
Sebab kalau harga sekarang dah tertinggi dalam sejarah, itu tandanya nilai duit kita makin rendah.
Dan emaslah pelindung paling ampuh sepanjang zaman.
#KayaDenganEmas

Tiada ulasan:
Catat Ulasan