Namun, bila kita faham konsepnya, kita akan nampak nilai sebenar emas Public Gold jauh lebih baik untuk penyimpan emas fizikal.
1. Beli Emas Fizikal, Bukan Sekadar Tengok Nombor
Kalau tujuan anda beli emas hanya untuk tengok pergerakan harga iaitu naik atau turun maka beli di bank mungkin nampak lebih “murah”.
Tapi kalau anda nak memiliki emas sebenar dalam tangan, Public Gold adalah pilihan yang lebih bijak.
Public Gold bukan sekadar jual emas, tapi mendidik masyarakat tentang simpanan emas fizikal. Dengan PG, anda boleh miliki emas sebenar (gold bar atau dinar) dengan cara yang lebih mudah, tanpa syarat rumit, dan dengan harga kompetitif berbanding kos keseluruhan di bank.
2. Harga Bank Nampak Murah, Tapi Kos Sebenar Lebih Tinggi
Memang betul, harga per gram di bank kadang-kadang nampak sedikit lebih rendah. Tapi itu cuma harga atas kertas. Bila anda nak keluarkan emas fizikal, barulah nampak kos sebenar yang perlu dibayar, termasuk caj premium, caj pengeluaran, dan pelbagai syarat tambahan.
Jadi, kalau dikira keseluruhannya, harga emas fizikal dari bank sebenarnya lebih mahal dan prosesnya juga jauh lebih rumit berbanding beli terus di Public Gold.
3. Susah Nak Jual Balik Emas Fizikal Bank
Satu lagi kekurangan besar di bank tidak beli balik emas fizikal yang mereka keluarkan (atau syaratnya sangat ketat). Kalau anda perlukan wang tunai, anda terpaksa jual emas itu di tempat lain.
Bila jual di luar, anda akan terkesan dengan spread value (selisih harga jual-beli) yang biasanya sangat tinggi.
Akhirnya, bila buat kira-kira, anda mungkin akan rasa rugi berbanding jika anda simpan dan jual balik emas di Public Gold.
4. Public Gold Adalah Kilang Emas, Bank Bukan
Ini poin paling penting. Public Gold ialah pengeluar emas (minting company). Emas memang core business PG. Fokus PG adalah pada pengeluaran, jual beli, dan pendidikan tentang emas fizikal.
Sebaliknya, bank bukan pengeluar emas. Core business mereka ialah kewangan atau lebih tepat, jual hutang. Jadi, jual beli emas di bank hanyalah produk sampingan, bukan fokus utama.
Kesimpulannya, kalau anda serius nak melabur dalam emas fizikal sebenar, Public Gold adalah platform terbaik, mudah, telus, dan berpengalaman mendidik masyarakat tentang simpanan emas sejak 2008.
Tapi kalau anda cuma nak “main harga” sekadar tengok naik turun harga emas macam saham, maka Public Gold bukan platform yang sesuai.
#KayaDenganEmas #NotaCikguRidwan






