Isnin, 26 Mei 2025

BELI ATAU SEWA RUMAH?

 


“Cikgu, mana lebih baik menyewa atau beli rumah bagi situasi anak muda yang baru berkerja di KL. Posting guru gaji anggaran RM3K macam tu” 

Baru-baru ini saya ada terima satu soalan daripada junior saya sewaktu belajar di Usm dulu.

Dia anggap saya pakar kewangan dan emas sebab saya dah 5 tahun kongsi ilmu emas. Tapi sebenarnya tak pun😅.

Saya bukan pakar. Saya hanya kongsikan apa yang guru-guru kewangan cakap dan apply dalam kehidupan saya.

Okey macam ini. Bagi yang awal-awal bina kerjaya ni tak perlu lagi beli rumah. Menyewa lebih baik.

Beli rumah untuk duduk (liabiliti) sendiri adalah silap besar anak muda sekarang. Bila beli rumah kita dah diikat dengan komitmen bulanan selama 30 tahun. Fuh lama tu….

Contoh beli rumah harga RM400 K, Deposit RM40 K (10%) dengan pinjaman bank sebanyak RM360 K. Dalam tempoh 30 tahun dan kadar faedah 4% Setahun.

Bermakna bayaran bulanan untuk rumah lebih kurang RM1720 sebulan.

Bayangkan gaji RM3000, komitmen rumah sahaja dah telan separuh daripada gaji bulanan. 

Ada lagi lebihan RM1280. Huh mencabar. Kalau saya memang tak akan buat macam ni.

Jadi apa kena buat? Anak muda yang baru nak mula hidup menyewa la dulu. Lagi-lagi yang belum kahwin.

Menyewa jauh lebih jimat dan jauh lebih mobiliti. Sebab awal-awal kerja kita tak pasti akan menetap satu kawasan tu sampai bila-bila.

Boleh jadi nanti kena pindah tempat kerja mudah nak keluar rumah sewa dan cari rumah lain pula.

Apa yang penting untuk anak muda adalah jaga cahsflow bulanan. Kita nak hidup dengan cashflow yang positif setiap bulan.

Masa kerja tu cukupkan simpanan. Yang paling penting simpanan kecemasan jangka pendek 3 bulan gaji.

Yang ini letak dalam Tabung Haji atau ASB. Terpulang nak pilih yang mana.

Manakala buat simpanan jangka masa panjang pula dalam bentuk aset emas.

Yang ni Buka #AkaunEmasGAP Public Gold dan simpan 10 % gaji bulanan dalam bentuk emas.

Di samping tu kena belajar kemahiran macam mana nak tambah pendapatan.

Tak dinafikan menyimpan sahaja kita tidak akan cepat kaya. Kata guru saya menyimpan hanyalah asas kepada membina kekayaan sahaja.

Nak kaya kena belajar kemahiran tambah pendapatan. Contohnya boleh belajar buat bisnes bersistem yang boleh buat secara Part Time dan boleh jana pendapatan Pasif.

Bisnes bersistem ada banyak di malaysia. Yang saya buat adalah #BisnesPublicGold.

Alhamdulillah pasif income saya dengan bisnes ni insha allah konsisten tak kurang 4 angka sebulan. Syukur….

Jadi ingat anak muda belajar ilmu urus duit dan tambah duit. Insha Allah dengan ilmu yang betul kewangan anda akan bertambah kukuh.

Bila kewangan dah makin kukuh. Masa tu nak beli 2 3 biji rumah pun boleh.

Sekian moga bermanfaat….

#TipKewanganPeribadi #NotaCikguRidwan

Jumaat, 23 Mei 2025

SCAM PELABURAN EMAS. APA SOLUSINYA?


 “Cikgu, macam mana nak elak dari kena scam dengan pelaburan emas?”

Ini soalan kerap kali saya terima sepanjang 5 tahun saya dalam bidang ini. 

Kata guru saya En Mohd Zulkifli Shafie, “Emas terbaik ialah yang ada di tangan sendiri, di bawah kawalan kita sendiri”

Dengan kata lain, kalau kita ikut prinsip ni pasti kita tak akan kena tipu dengan skim yang bertopengkan emas.

Jadi bila kita nak simpan emas, pastikan dapat emas (fizikal). Jangan sekadar dapat digital yang tiada fizikal.

Bahaya! 

Siapa yang ingkar prinsip kuno iaitu “Beli emas mesti dapat emas”. 

Maka siap sedia untuk bayar yuran kebodohan yang mahal dalam pelaburan emas.

Oleh itu, di Malaysia antara syarikat yang betul-betul fokus kepada simpanan dan pelaburan emas fizikal adalah #PublicGold.

Kemudahan simpanan di #AkaunEmasGAP yang bersandarkan emas fizikal membolehkan kita menabung sikit-sikit sampailah cukup gram yang kita inginkan.

Maka nanti bolehlah keluarkan secara fizikal untuk pegang sendiri di tangan.

Ini adalah koleksi Emas fizikal yang kita boleh keluarkan daripada Akaun Emas GAP Public Gold. 

Baru lah seronok simpan emas boleh pegang fizikal. 

#TipKayaDenganEmas #NotaCikguRidwan

JADI KAYA ATAU MISKIN

Salah ke jadi kaya? Tak salah. Janji kita syukur.

Salah ke jadi miskin? Tak salah. Janji kita sabar.

Kalaulah apa yang kita nak jadi itu adalah satu pilihan. Maka buatlah.

Tapi kalau ia adalah satu ketentuan. Maka terimalah.

Sebab kata guru saya dalam hidup ni kita tak boleh lari dari ujian sabar dan syukur.

Apa yang penting bukan tentang apa yang kita ada. Tapi ia tentang macam mana kita bersabar dan bersyukur dengan apa yang kita ada. 

Dengan kata lain, waktu senang kita syukur. Waktu susah kita sabar. 

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan: ‘Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.’”

(Surah Ibrahim, Ayat 7)

#IslahDiri #NotaCikguRidwan

Kaya Lain, Mewah Lain

Orang mewah tak semestinya kaya. Orang kaya tak semestinya pilih untuk hidup mewah.

Boleh jadi orang yang hidup mewah itu bukan kaya tapi penuh dengan hutang. 

Jap….. Adakah benda ini salah?

Jawapannya TAK ! . Ini bukan soal betul atau salah. Tapi ini soal PILIHAN…..

Dulu saya tak faham definisi kekayaan. Tapi bila banyak kali saya baca buku dan lihat video guru saya En Mohd Zulkifli Shafie

Barulah saya faham apa itu kekayaan. Hari ni ramai yang lihat kekayaan dari sudut negatif. Dikatakan orang kaya itu kedekut dan sombong.

Walhal kekayaan itu langsung tiada kaitan dengan sikap tersebut. Segalanya bergantung pada diri masing-masing. 

Kekayaan sebenarnya akan menunjukkan siapa kita yang sebenar. Kalau kita baik, kekayaan akan menjadikan kita makin baik. Begitulah sebaliknya.

Jadi niatlah dan berusahalah untuk jadi kaya sebab “Kaya itu Mulia bagi mereka yang bersyukur”.

Dengan kekayaan kita boleh bantu ramai orang dan boleh buat banyak kebaikan.

#TipKewanganPeribadi #NotaCikguRidwan

MUDAHNYA BUAT DUIT

 


Suatu hari saya bersembang dengan rakan sekerja saya. Kata beliau….

“Kolupo ni tempat ramai ore. Macey-macey boleh buat duit. Nok ko rajin so karo jah. Macam kawe 4 kijo kawe buat dalam sebulan. Bagi kawe ore wak kata kijo payah lani ore malas jah”

Kata-kata ni melekat dalam kepala saya. Bila saya renungkan ada betulnya jugak.

Bayangkan setiap masalah yang penduduk kota ada itu adalah peluang untuk kita selesaikan dan buat duit✔️. 

Contohnya, warga kota majoriti duduk di rumah yang tinggi seperti Flat, apartment atau kondominium.

Mereka ni kadang tak sempat nak masak dan lebih suka order sahaja kalau nak makan.

Jadi saya fikir ini peluang untuk saya selesaikan masalah mereka. Maka, saya ambil keputusan untuk buat grab food.   

Walaupun pada ketika ni saya sudah pun bergelar penjawat awam dan sudah memiliki bisnes sendiri. 

Boleh dikatakan kalau saya tak buat grab pun alhamdulilah income saya lebih dari cukup untuk keperluan saya dan keluarga.

Tapi disebabkan saya tak nak rasa selesa. Saya pilih untuk penuhkan masa saya dengan aktiviti yang boleh jana pendapatan. 

Sebab Kata guru saya En Mohd Zulkifli Shafie, “Comfort bukan soal pendapatan tapi ia soal mindset”.

Alhamdulillah boleh dikatakan saya buat grab hujung minggu sahaja. Tapi saya boleh pakai duit tersebut untuk makan selama seminggu. 

Tanpa usik gaji kerja hakiki dan bisnes saya. Alhamdulillah. Jadi mesej yang saya nak kongsikan hari ni adalah….

“Semua penyakit ada ubatnya, kecuali penyakit MALAS sahaja tiada ubat”

Mohamed Ridwan 

Cyberjaya

#TipKewanganPeribadi #NotaCikguRidwan

Bina Structure Bisnes Betul-Betul. Sekali Qualify PGLS, Qualify Sampai Mati!

Pesan mentor, lambat atau cepat FMD pasti akan qualify double ticket ke PGLS. Antara sebabnya ialah bisnes ni bersifat “accumulated” Dengan ...