Jumaat, 23 Mei 2025

Kaya Lain, Mewah Lain

Orang mewah tak semestinya kaya. Orang kaya tak semestinya pilih untuk hidup mewah.

Boleh jadi orang yang hidup mewah itu bukan kaya tapi penuh dengan hutang. 

Jap….. Adakah benda ini salah?

Jawapannya TAK ! . Ini bukan soal betul atau salah. Tapi ini soal PILIHAN…..

Dulu saya tak faham definisi kekayaan. Tapi bila banyak kali saya baca buku dan lihat video guru saya En Mohd Zulkifli Shafie

Barulah saya faham apa itu kekayaan. Hari ni ramai yang lihat kekayaan dari sudut negatif. Dikatakan orang kaya itu kedekut dan sombong.

Walhal kekayaan itu langsung tiada kaitan dengan sikap tersebut. Segalanya bergantung pada diri masing-masing. 

Kekayaan sebenarnya akan menunjukkan siapa kita yang sebenar. Kalau kita baik, kekayaan akan menjadikan kita makin baik. Begitulah sebaliknya.

Jadi niatlah dan berusahalah untuk jadi kaya sebab “Kaya itu Mulia bagi mereka yang bersyukur”.

Dengan kekayaan kita boleh bantu ramai orang dan boleh buat banyak kebaikan.

#TipKewanganPeribadi #NotaCikguRidwan

Tiada ulasan:

Bina Structure Bisnes Betul-Betul. Sekali Qualify PGLS, Qualify Sampai Mati!

Pesan mentor, lambat atau cepat FMD pasti akan qualify double ticket ke PGLS. Antara sebabnya ialah bisnes ni bersifat “accumulated” Dengan ...