Suatu hari saya bersembang dengan rakan sekerja saya. Kata beliau….
“Kolupo ni tempat ramai ore. Macey-macey boleh buat duit. Nok ko rajin so karo jah. Macam kawe 4 kijo kawe buat dalam sebulan. Bagi kawe ore wak kata kijo payah lani ore malas jah”
Kata-kata ni melekat dalam kepala saya. Bila saya renungkan ada betulnya jugak.
Bayangkan setiap masalah yang penduduk kota ada itu adalah peluang untuk kita selesaikan dan buat duit✔️.
Contohnya, warga kota majoriti duduk di rumah yang tinggi seperti Flat, apartment atau kondominium.
Mereka ni kadang tak sempat nak masak dan lebih suka order sahaja kalau nak makan.
Jadi saya fikir ini peluang untuk saya selesaikan masalah mereka. Maka, saya ambil keputusan untuk buat grab food.
Walaupun pada ketika ni saya sudah pun bergelar penjawat awam dan sudah memiliki bisnes sendiri.
Boleh dikatakan kalau saya tak buat grab pun alhamdulilah income saya lebih dari cukup untuk keperluan saya dan keluarga.
Tapi disebabkan saya tak nak rasa selesa. Saya pilih untuk penuhkan masa saya dengan aktiviti yang boleh jana pendapatan.
Sebab Kata guru saya En Mohd Zulkifli Shafie, “Comfort bukan soal pendapatan tapi ia soal mindset”.
Alhamdulillah boleh dikatakan saya buat grab hujung minggu sahaja. Tapi saya boleh pakai duit tersebut untuk makan selama seminggu.
Tanpa usik gaji kerja hakiki dan bisnes saya. Alhamdulillah. Jadi mesej yang saya nak kongsikan hari ni adalah….
“Semua penyakit ada ubatnya, kecuali penyakit MALAS sahaja tiada ubat”
Mohamed Ridwan
Cyberjaya
#TipKewanganPeribadi #NotaCikguRidwan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan