Ahad, 19 November 2023

UMUR 26 TAHUN, GAJI RM23,000


 Ini kisah anak muda daripada team #5gassociates yang merupakan dealer aktif Public Gold.

Dia mula jadi dealer sejak dari hujung tahun 2020. Masa tu usia baru 23 tahun. 

Yang mana ketika tu dia masih lagi pelajar di salah sebuah universiti tempatan. 

Dia kata masa di universiti lagi sebenarnya dia dah capai pendapatan pasif sekitar 3 hingga 4 angka sebulan dengan bisnes Public Gold.

Akhirnya tahun ini alhamdulillah genap 2 tahun lebih buat bisnes Public Gold. 

Dia berjaya unlocked pendapatan pasif sekitar 4 hingga 5 angka sebulan secara konsisten.

Boleh dikatakan pendapatan yang sangat banyak, stabil dan bagus bagi anak muda yang berusia 20-an. 

Apa yang menarik sekarang dia hanya buat bisnes #publicgold ini secara Part Time sahaja (Menteliti Full Time).

Dengan kata lain, disaat orang lain masih struggle untuk simpan 10%  daripada gaji setiap bulan.

Dia boleh simpan 100% gaji kerja hakiki dia dan hanya berbelanja menggunakan pendapatan pasif sahaja.

Ini lah jalan yang paling senang, murah dan cepat untuk capai kebebasan kewangan (Financiall Freedom) yang selalu disebut oleh mentor saya En Mohd Zulkifli Shafie.

Moga penulisan ini jadi inspirasi buat semua dealer-dealer Public Gold yang serius sedang bangunkan bisnes sekarang.

Kalau rasa bermanfaat, sila SHARE posting ini.

Mohamed Ridwan 

19 November 2023

Ampang, Kuala Lumpur

KELEBIHAN MEMBINA KERJAYA DI IBU KOTA

 


Asyik berbual semalam tak perasan sudah jam 2 pagi.  Banyak ilmu yang kami dapat bila mengopi dengan Dr Zuhair Zainal.

Dulu masa di USM rasa segan nak mengopi dengan pensyarah sendiri. Bila berbual mesti rasa macam formal. Nak bergurau pun takut. HAHA ! 

Tapi bila dah masuk ke alam kerjaya, dah boleh jadi macam kawan.

Kata Dr…..

“Masa muda ni ambil peluang bina kekayaan waktu tinggal di ibu kota. Di sini banyak peluang dan ruang untuk bina kekayaan”

Apa yang penting kena rajin dan jangan jadi pemalas !Inilah waktu kita nak kerja keras. Waktu masih muda dan tenaga masih kuat.

Alhamdulillah bila dengar nasihat ini saya rasa lebih semangat. 

Sebab ini la perkara yang saya letak dalam diri saya sewaktu pertama kali jejak kaki ke Kuala Lumpur.

Memang dalam fikiran saya tak terlintas untuk balik kerja di kampung dalam masa 10 tahun dari sekarang.

Bagi saya waktu muda ni lah kalau kita nak teroka negeri orang. Nak jumpa dan berkawan dengan ramai orang. Bina networking.

Balik kampung jarang-jarang ni seronok sebab kita akan lebih menghargai benda yang kita jarang-jarang jumpa. 

Kalau balik menetap di kampung waktu usia masih muda. Mungkin kita akan kurang produktif dan kurang motivasi untuk belajar benda-benda baru.

Ye lah, di kampung dah kurang cabaran. Kos sara hidup pun rendah. Dah rasa selasa sangat dah.

Bagi saya sangat rugi rasa selesa ketika usia masih muda. Sedangkan begitu banyak kekayaan di luar yang boleh kita terokai dan miliki.

Yang lagi parah, kita rasa selesa yang pada hakikat  dan realitinya kita tak selesa pun.

Mungkin tak semua orang setuju dengan apa yang saya katakan ini.

Tak mengapa sebab perjalanan dan perancangan hidup kita memang tak sama dan berbeza.

Semuanya betul bergantung pada diri kita sendiri yang menentukannya.

Selagi mana perancangan kita jelas dan ada matlamat , maka teruskan.

Begitulah….

Mohamed Ridwan 

18 Novembar 2023

Selayang, Selangor

TERLIHAT KAYA TAPI MISKIN

 


Waktu di universiti dulu saya selalu bermimpi nak ada satu kehidupan yang mewah bila dah dapat kerja nanti.

Perkara pertama yang saya nak beli bila dah kerja adalah kereta jenama H. 

Saya juga bayangkan dapat beli sebuah rumah idaman, bawa keluarga pergi melancong dan makan di tempat-tempat mewah.

Yang mana segala moment ni saya nak muat naik dalam instagram dan facebook saya.

Namun….

Semua ini tidak seindah yang disangka. Bila masuk ke alam pekerjaan semua ini perlu saya “ditangguhkan” untuk seketika.

Ini kerana gaji untuk fresh graduate hari ini sekitar RM2500 hingga RM4000 sahaja.

Tak dinafikan dengan gaji ini sebenarnya saya layak sahaja untuk memiliki kereta jenama H.

Tapi teringat kata-kata daripada mentor saya En Mohd Zulkifli, “layak memiliki belum tentu mampu membiayai”.

Ditambah dengan hasil pembacaan saya daripada buku-buku kewangan daripada mentor saya. 

Alhamdulillah hari ini walaupun saya dah 1 Tahun 8 bulan bergelar sebagai seorang guru, saya masih belum memiliki kereta idaman dan rumah idaman saya.

Bukan sebab tak layak. Tapi sebab belum mampu dan belum perlu. 

Hari ini saya sangat bahagia tinggal di ibu kota dengan menaiki sebuah motosikal yang sudah pun habis dibayar.

Tinggal dirumah sewa dengan kawan-kawan dengan kos sewaan hanya sekitar RM300 sahaja siap dengan bil eletrik, bil air dan wifi.

Jadi lebihan duit yang ada, saya dapat cukupkan dana-dana besar untuk kegunaan masa depan seperti dana perkahwinan, dana deposit rumah pertama dan dana umrah dan haji.

Semua dana-dana ini saya alihkan dalam bentuk aset emas. Saya tak simpan dana untuk kegunaan jangka panjang ini dalam bentuk duit kertas. 

Sebab duit kertas sangat berisiko hilang kuasa beli dalam jangka masa panjang.

Itu sahaja perkongsian saya untuk semua. Mungkin perkongsian ini tak sesuai untuk semua.

Tapi kalau rasa sesuai bolehlah amalkan dan sebarkan pada semua.

Sekian.

Mohamed Ridwan 

17 November 2023

Ampang, Kuala Lumpur 

Khamis, 16 November 2023

MATI SEBELUM MATI

 


Bila bercakap soal kekayaan, ia tidak diukur dengan berapa besar pendapatan bulanan seseorang.

Tapi ianya diukur dengan berapa lama seseorang itu mampu bertahan untuk meneruskan kelangsungan hidup (Survival)  andai kata hilang punca pendapatan.

Walaupun gaji  besar, tapi kalau komitmen bulanan juga tinggi maka ia tidak memberi apa-apa makna.

Sebab kalau apa-apa berlaku dia mungkin hilang segalanya. 

Kereta kena tarik, rumah kena sita, sentiasa diganggu bank dan dapat ugutan daripada ah long. 

Dengan kata lain, hidup orang yang macam ni sebenarnya banyak menanggung hutang-hutang jahat seperti hutang peribadi, hutang kad kredit dan hutang kereta (Kereta idaman yang tak sepadan dengan gaji).

Jadi jika Kita tidak mahu "mati sebelum mati" maka mulai dari sekarang kena hati-hati sebelum buat hutang.

Tidak mengapa kalau gaji tak besar asalkan bulan-bulan mampu buat sedikit simpanan (sekurang-kurangnya 10%) dan kurang bayar komitmen (hutang jahat).

Kata mentor saya En Mohd Zulkifli, "Berhutang maksudnya membelanjakan pendapatan masa depan. Duit belum dapat, tetapi sudah siap-siap dibelanjakan!"

Maka berwsapadalah diri kita masing-masing sebelum buat hutang.

Mohamed Ridwan

16 November 2023

Bukit Tunku, Kuala Lumpur


KISAH SAYA BERMULA SIMPAN EMAS

 


Dulu saya memang tak tahu apa-apa tentang simpanan dan pelaburan emas.


Apa yang saya tahu emas adalah perhiasan buat kaum wanita. Itupun sebab tengok mak saya sangat suka beli emas.


Jadi ilmu saya tentang emas pada ketika itu tak lebih daripada melihat emas ini sebagai perhiasan wanita semata-mata. 


Perkara ni  buatkan saya tak langsung ada rasa nak beli emas untuk diri sendiri. Sebab lelaki mana boleh pakai emas kan.. Haram ! 


Tapi segalanya berubah bila mana saya baca sebuah buku kewangan yang bertajuk “Cash Flow Untuk Lelaki” Tulisan Tuan Shamsudin Kadir.


Dalam buku ni ada satu topik “Belanja RM100 hilang kemampuan miliki 0.5 Gram Emas” . Bila baca topik ni saya rasa hairan, ada ke emas RM100.


Sebab apa yang saya fikir emas ni sangat mahal. Dengan kata lain kena ada ribuan ringgit baru boleh miliki emas.


Bila saya baca rupa-rupanya itu emas 999 yang mana dalam bentuk gold bar atau dinar. 


Ini pun benda baru bagi saya. Saya tak tahu pun emas ni ada beberapa jenis iaitu Emas 916 dan Emas 999.


Rupa-rupanya emas yang mak saya beli selama ni emas 916 iaitu emas perhiasan.


Manakala emas yang dimaksudkan dalam buku ini ialah emas 999, yang mana emas ini lelaki pun boleh simpan untuk simpanan dan pelaburan.


Jadi sejak daripada itulah saya terus ambil keputusan untuk simpan emas buat kali pertama di syarikat Public Gold melalui Akaun Emas GAP.

Rabu, 15 November 2023

TIP BERMULA SIMPAN EMAS


 

Cikgu, macam mana nak mula buat simpanan EMAS ?

“Oh senang je. Mari saya ajar”

1. Buka akaun emas GAP percuma sahaja di Public Gold. Hubungi dealer public gold yang aktif.

2. Beli emas pertama serendah RM 100 atau terus cukupkan 1 gram.

3. Konsisten simpan setiap bulan. Kalau saya suka amalkan konsep 1 Gram 1 Bulan.

Ini je cara paling asas untuk bermula simpan emas. Simpan emas ni bagus.

Ia boleh buat kita hilang rasa berduit. Ya , berduit itu penting. Tapi rasa berduit di saat simpanan kita tak tahu kemana itu bahaya !

Jadi disiplinkan diri kita simpan emas agar sikap boros kita berbelanja dapat di kawal.

Okay dapat sesuatu? Kongsikan moga bermanfaat.

Mohamed Ridwan

Tips Simpan Emas


MISKIN DI USIA MUDA ITU PENGALAMAN. TAPI MISKIN DI USIA TUA ITU NERAKA KEHIDUPAN

 


Khas buat Anak Muda…..

Fasa pertama mulakan kerjaya dalam hidup, anda kena percaya pada kerja keras.

Masa ni anda akan kurang masa dan tenaga. Banyak belajar benda baru dan kenal orang baru.

Tapi percayalah bila kita dah biasakan diri untuk kerja keras. Lama kelamaan ia akan jadi rutin dan tak rasa penat dah, bak kata pepatah alah bisa, tegal biasa.

Yang kedua jangan terlalu banyak reward diri. Ini belum apa-apa lagi dah bergaya dengan kereta mewah, phone mahal, percutian di atas kapal mewah dan pakai barangan branded. 

Benda ni tak salah cuma ia belum tiba masa lagi. Belajar skill tangguhkan keinginan sementara. Awal-awal ni fokus pada simpanan terlebih dahulu.

Simpanan utama yang kita perlu adakan bukanlah aset seperti rumah, tanah atau emas. 

Tapi yang paling penting adalah simpanan CASH yang berjumlah 3 bulan pendapatan.

Sebagai contoh gaji fresh graduate di Malaysia lebih kurang RM3000/bulan. Bermakna anda kena usaha untuk simpan RM9000 CASH sebagai dana kecemasan.

Simpanan ni saya sarankan anda letak di TabungHaji atau ASB.

“Kenapa simpanan kecemasan mesti dalam bentuk CASH dan yang paling penting kena buat?”

Sebab kalau ada berlaku apa-apa kecemasan seperti kereta rosak, masuk hospital atau dibuang kerja tiba-tiba.

Maka duit inilah yang kita nak guna. Ingat tabung kecemasan bila dah guna kena top up semula. Pastikan ia sentiasa ada.

Yang ketiga, jadikan amalan membaca buku adalah rutin harian. Setiap hari peruntukan 20 minit sahaja untuk tambah ilmu.

Baca buku-buku kewangan yang ada seperti Misi Bebas Hutang tulisan Mentor saya Tuan Mohd Zulkifli Shafie , Buku Jutawan daripada Planet Jupitar daripada Tuan Azizi Ali Mentor Wang dan banyak lagi.

Ingat dengan membaca sahaja boleh ubah pemikiran kita menjadi seorang yang KAYA.

Yang keempat, bila dah ada semua di atas barulah fikir untuk buat simpanan aset. Contoh aset yang paling mudah untuk kita miliki adalah aset EMAS 999.9.

Emas sangat bagus untuk kita simpan sebab makin lama simpan, nilai emas makin meningkat. Dengan keadaan ekonomi yang tak menentu sekarang.

Ramai yang dah jadikan emas sebagai simpanan untuk jaga harta mereka dari dimakan inflasi.

Jadi itu sahaja pesanan daripada saya. Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada semua.

Cikgu Wea

Pesanan Buat Anak Muda


KEMATIAN YANG MENGHIDUPKAN JIWA

 


Kematian yang menghidupkan jiwa.

Sedikit beremosi saya pagi ni, tengah scroll Twitter terjumpa posting arwah pada 18/09/2023.

Bermakna posting ni seminggu yang lalu sebelum beliau meninggal dunia semalam.

Patutla ramai orang terkesan dengan pemergian beliau.

Besar makna posting yang beliau titipkan ini, yang mana jangan bazirkan masa dan kehidupan kita dengan membenci orang lain.

Hakikat hidup hanya sekali, cukuplah kita digunakan ia dengan menyayangi sesama manusia.

Terima kasih sahabat Tuan Muda Abdur Rahman Al-Amin Ismail. Kematianmu ini memberi rahmat buat jiwa-jiwa yang masih bernafas.

Pesanan buat diri sendiri dan sahabat, ketahuilah yang kiamat paling dekat dengan kita adalah “kematian”.

Doakan saya juga. Sama-sama kita teruskan berbuat baik. 

Insha Allah.

Mohamed Ridwan

26 September 2023

Ampang, Kuala Lumpur

STPM NYAWA TERAKHIR SAYA

 


“Ehh kau nanti jangan sambung STPM, sebab susah sangat-sangat, low kelas dan masih belajar di sekolah”

Demikianlah kata-kata orang yang selalu saya dengar 7 tahun lepas.

Sejujurnya saya bukan lah pelajar pandai masa di sekolah dulu.

Waktu PMR saya hanya dapat 3A dan SPM pun hanya 3A. Yang menyedihkan English saya dapat D untuk kedua-dua exam.

Waktu lepas SPM saya memang buntu memikirkan nasib saya di masa depan.

“Apalah nasib aku ni, nak ke mana ni? Nak kerja ke ? Nak masuk diploma ke? Atau nak ke STPM”

Sebab saya yakin dengan result SPM saya memang saya akan dapat course lelong sahaja kalau masuk universiti.

Lagi pun pada masa tu saya memang tak tahu nak jadi apa nati. Kalau dulu orang tanya cita-cita nak jadi apa auto saya jawab nak jadi polis hahaha…

Itupun sebab pengaruh cerita Gerak Khas. Dalam hati saya memang blur tak tahu cita-cita apa.

Sampai la satu masa saya buat keputusan nak sambung ke STPM. Sebab di sini kita belajar subjek dan tiada pengkhususan bidang apa-apa.

Jadi ini nyawa terakhir saya untuk tebus kegagalan saya waktu PMR dan SPM dulu.

Hari pertama saya ke STPM, memang saya dah nekad nak belajar betul-betul dan tak nak main-main.

Saya masih ingat waktu hari pertama di sekolah. Bila bunyi loceng semua orang angkat beg dan pulang ke rumah.

Tapi saya tidak. Saya kunci pintu dan tingkap sebab malu. saya stayback dan belajar sorang. 

Sebab pada waktu ni saya tahu yang saya tak pandai dan STPM ni susah. Jadi saya tak boleh main-main. Kena usaha lebih.

Akhirnya diringkaskan cerita , saya dapat pointer 4.0 masa di STPM. Bagaikan mimpi di siang hari apa yang saya capai.

Pencapaian ini membuktikan pada saya yang kejayaan itu bukan hasil kepandaian kita semata-mata.

Ia berkat usaha dan doa orang sekeliling kita. Berkat doa ma abah. Tak lupa juga cikgu-cikgu STPM saya yang sangat baik dan cakna pada semua murid.

Suasana STPM pula buatkan saya suka ke sekolah. 

Bila cerita sahaja bab STPM, satu je perkataan yang dapat saya ungkapkan iaitu RINDU.

STPM banyak ubah diri saya. Di sini juga timbul minat dan cita-cita saya untuk jadi seorang guru.

Alhamdulillah hari ini ianya benar-benar menjadi satu kenyataan.

Syukur. 

Cikgu Wea

Kenangan STPM



KESAN PENCERIAN PADA ANAK



“Mak saya tak nak saya cikgu. Saya pun tak tahu kenapa”

Terdiam saya seketika….

Remuk hati saya dengar perkataan itu keluar dari mulut seorang budak yang masih usia belasan tahun.

“Habis tu selama ni awak tinggal dengan siapa” 

Dia menjawab “Oh saya dari kecil lagi tinggal dengan nenek.”

“Oh yeke, takpe-takpe awak belajar rajin-rajin nanti dah besar balas jasa nenek” 

Bila saya selidik, rupa-rupanya ini kes penceraian ibu bapa. 

Ayah kahwin sorang lagi. Mak ayah berpisah disaat dia masih kecil.

Begitula kesan penceraian terhadap kehidupan anak-anak. 

Walaupun muka dia rilek sahaja masa bercerita. Tapi saya tahu jauh dari sudut hati dia sedih.

Kadang-kadang kita tak tahu apa masalah yang pelajar kita hadapi.

Dari luaran mereka ceria sahaja. Bila duduk borak one by one depan-depan.

Masa tu baru tahu yang banyak benda yang dia sembunyikan di balik keceriaan.

Sebagai guru, saya hanya mampu bagi semangat. Bagi didikan supaya besar nanti dia jadi orang berjaya.

Cerita ni bagi pengajaran buat diri saya. Agar suatu hari nanti mampu bina keluarga yang bahagia agar anak-anak tidak lalui perkara sebegini.

Insha Allah.

Mohamed Ridwan

9 November 2023

Ampang, Kuala Lumpur 

Rabu, 1 November 2023


Bahagia nampak pasangan di hadapan saya. Suami Isteri saya rasa.

Isteri nampak macam kurang sihat. Si Suami sambil makan sambil suap isteri.

Perlahan-lahan makanan masuk ke mulut isteri. Sambil dengar isteri bercerita. 

Suara seakan-akan bunyi bisikan sahaja. Tapi nampak gentle si suami. Walaupun muka ganas.

Dalam hati ada taman. Begitulah kita orang lelaki. Walau tak mampu jadi pakar motivasi buat isteri. 

Tapi cukup jadi pendengar yang setia pun sudah memadai.

Terkadang isteri ni kalau dia ada masalah, dia bukan nak dengar nasihat dan motivasi dari kita sangat.

Apa yang paling penting dia nak meluah sahaja. Lepas dah luah, maka hati pun jadi tenang. 

Begitula…

Sekian nukilan tips perkahwinan dari orang bujang 😂. Sekadar berkongsi cerita.


Mohamed Ridwan
30 Oktober 2023
Bukit Saga, Ampang

 


Masa Muda.

Waktu yang masih ada banyak tenaga. Waktu yang sangat mencabar.

Ada yang memilih untuk hidup mewah dengan apa yang ada. 

Ada yang berusaha kerja keras walaupun dah hidup selasa. 

Bagi saya semua alasan dah keputusan yang mereka ambil adalah betul.

Ya betul. 

Betul untuk diri masing-masing. Asalkan hidup tak menyusahkan orang maka buatlah.

Tapi bagi saya. Saya memilih untuk menekan hidup waktu saya masih muda. 

Sifir saya senang. Henyak hidup di waktu muda dalam 5 tahun pertama dalam membina kerjaya.

Fokus tambah ilmu, tambah simpanan, bina networking dan build up bisnes Public Gold betul-betul.

Supaya bila umur saya dah cecah 30-an nanti saya tak perlu lagi kerja macam “kerbau”.

“Bersusah-susah dulu, bersenang-senang kemudian”

Insha Allah. 

Ini adalah gambar tadi selepas balik daripada Menara Public Gold sempena #KarnivalKayaDenganEmas .

Bersama sahabat saya Mohd Khalis . 

Minta doa semua untuk doakan kejayaan kami di masa depan. Amin.


Mohamed Ridwan

29 Oktober 2023

Ampang, Kuala Lumpur

PENCEN DI USIA MUDA

  “Kita je yang senyum ni naik MRT. Orang lain semua muka masam” - Kata En Muttaqin Ini kali pertama saya naik MRT sepanjang 3 tahun menetap...