Rabu, 15 November 2023

STPM NYAWA TERAKHIR SAYA

 


“Ehh kau nanti jangan sambung STPM, sebab susah sangat-sangat, low kelas dan masih belajar di sekolah”

Demikianlah kata-kata orang yang selalu saya dengar 7 tahun lepas.

Sejujurnya saya bukan lah pelajar pandai masa di sekolah dulu.

Waktu PMR saya hanya dapat 3A dan SPM pun hanya 3A. Yang menyedihkan English saya dapat D untuk kedua-dua exam.

Waktu lepas SPM saya memang buntu memikirkan nasib saya di masa depan.

“Apalah nasib aku ni, nak ke mana ni? Nak kerja ke ? Nak masuk diploma ke? Atau nak ke STPM”

Sebab saya yakin dengan result SPM saya memang saya akan dapat course lelong sahaja kalau masuk universiti.

Lagi pun pada masa tu saya memang tak tahu nak jadi apa nati. Kalau dulu orang tanya cita-cita nak jadi apa auto saya jawab nak jadi polis hahaha…

Itupun sebab pengaruh cerita Gerak Khas. Dalam hati saya memang blur tak tahu cita-cita apa.

Sampai la satu masa saya buat keputusan nak sambung ke STPM. Sebab di sini kita belajar subjek dan tiada pengkhususan bidang apa-apa.

Jadi ini nyawa terakhir saya untuk tebus kegagalan saya waktu PMR dan SPM dulu.

Hari pertama saya ke STPM, memang saya dah nekad nak belajar betul-betul dan tak nak main-main.

Saya masih ingat waktu hari pertama di sekolah. Bila bunyi loceng semua orang angkat beg dan pulang ke rumah.

Tapi saya tidak. Saya kunci pintu dan tingkap sebab malu. saya stayback dan belajar sorang. 

Sebab pada waktu ni saya tahu yang saya tak pandai dan STPM ni susah. Jadi saya tak boleh main-main. Kena usaha lebih.

Akhirnya diringkaskan cerita , saya dapat pointer 4.0 masa di STPM. Bagaikan mimpi di siang hari apa yang saya capai.

Pencapaian ini membuktikan pada saya yang kejayaan itu bukan hasil kepandaian kita semata-mata.

Ia berkat usaha dan doa orang sekeliling kita. Berkat doa ma abah. Tak lupa juga cikgu-cikgu STPM saya yang sangat baik dan cakna pada semua murid.

Suasana STPM pula buatkan saya suka ke sekolah. 

Bila cerita sahaja bab STPM, satu je perkataan yang dapat saya ungkapkan iaitu RINDU.

STPM banyak ubah diri saya. Di sini juga timbul minat dan cita-cita saya untuk jadi seorang guru.

Alhamdulillah hari ini ianya benar-benar menjadi satu kenyataan.

Syukur. 

Cikgu Wea

Kenangan STPM



Tiada ulasan:

PENCEN DI USIA MUDA

  “Kita je yang senyum ni naik MRT. Orang lain semua muka masam” - Kata En Muttaqin Ini kali pertama saya naik MRT sepanjang 3 tahun menetap...