Rabu, 15 November 2023

MISKIN DI USIA MUDA ITU PENGALAMAN. TAPI MISKIN DI USIA TUA ITU NERAKA KEHIDUPAN

 


Khas buat Anak Muda…..

Fasa pertama mulakan kerjaya dalam hidup, anda kena percaya pada kerja keras.

Masa ni anda akan kurang masa dan tenaga. Banyak belajar benda baru dan kenal orang baru.

Tapi percayalah bila kita dah biasakan diri untuk kerja keras. Lama kelamaan ia akan jadi rutin dan tak rasa penat dah, bak kata pepatah alah bisa, tegal biasa.

Yang kedua jangan terlalu banyak reward diri. Ini belum apa-apa lagi dah bergaya dengan kereta mewah, phone mahal, percutian di atas kapal mewah dan pakai barangan branded. 

Benda ni tak salah cuma ia belum tiba masa lagi. Belajar skill tangguhkan keinginan sementara. Awal-awal ni fokus pada simpanan terlebih dahulu.

Simpanan utama yang kita perlu adakan bukanlah aset seperti rumah, tanah atau emas. 

Tapi yang paling penting adalah simpanan CASH yang berjumlah 3 bulan pendapatan.

Sebagai contoh gaji fresh graduate di Malaysia lebih kurang RM3000/bulan. Bermakna anda kena usaha untuk simpan RM9000 CASH sebagai dana kecemasan.

Simpanan ni saya sarankan anda letak di TabungHaji atau ASB.

“Kenapa simpanan kecemasan mesti dalam bentuk CASH dan yang paling penting kena buat?”

Sebab kalau ada berlaku apa-apa kecemasan seperti kereta rosak, masuk hospital atau dibuang kerja tiba-tiba.

Maka duit inilah yang kita nak guna. Ingat tabung kecemasan bila dah guna kena top up semula. Pastikan ia sentiasa ada.

Yang ketiga, jadikan amalan membaca buku adalah rutin harian. Setiap hari peruntukan 20 minit sahaja untuk tambah ilmu.

Baca buku-buku kewangan yang ada seperti Misi Bebas Hutang tulisan Mentor saya Tuan Mohd Zulkifli Shafie , Buku Jutawan daripada Planet Jupitar daripada Tuan Azizi Ali Mentor Wang dan banyak lagi.

Ingat dengan membaca sahaja boleh ubah pemikiran kita menjadi seorang yang KAYA.

Yang keempat, bila dah ada semua di atas barulah fikir untuk buat simpanan aset. Contoh aset yang paling mudah untuk kita miliki adalah aset EMAS 999.9.

Emas sangat bagus untuk kita simpan sebab makin lama simpan, nilai emas makin meningkat. Dengan keadaan ekonomi yang tak menentu sekarang.

Ramai yang dah jadikan emas sebagai simpanan untuk jaga harta mereka dari dimakan inflasi.

Jadi itu sahaja pesanan daripada saya. Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada semua.

Cikgu Wea

Pesanan Buat Anak Muda


Tiada ulasan:

PENCEN DI USIA MUDA

  “Kita je yang senyum ni naik MRT. Orang lain semua muka masam” - Kata En Muttaqin Ini kali pertama saya naik MRT sepanjang 3 tahun menetap...