Rabu, 1 November 2023


Bahagia nampak pasangan di hadapan saya. Suami Isteri saya rasa.

Isteri nampak macam kurang sihat. Si Suami sambil makan sambil suap isteri.

Perlahan-lahan makanan masuk ke mulut isteri. Sambil dengar isteri bercerita. 

Suara seakan-akan bunyi bisikan sahaja. Tapi nampak gentle si suami. Walaupun muka ganas.

Dalam hati ada taman. Begitulah kita orang lelaki. Walau tak mampu jadi pakar motivasi buat isteri. 

Tapi cukup jadi pendengar yang setia pun sudah memadai.

Terkadang isteri ni kalau dia ada masalah, dia bukan nak dengar nasihat dan motivasi dari kita sangat.

Apa yang paling penting dia nak meluah sahaja. Lepas dah luah, maka hati pun jadi tenang. 

Begitula…

Sekian nukilan tips perkahwinan dari orang bujang 😂. Sekadar berkongsi cerita.


Mohamed Ridwan
30 Oktober 2023
Bukit Saga, Ampang

Tiada ulasan:

Hidup Tak Keras. Hanya Kita Yang Malas!

  Untuk Anak muda hari ni yang tengah struggle bina kehidupan.  Peringkat awal bina kehidupan kena percaya pada kerja keras. Jangan termakan...