Masa bujang adalah masa terbaik untuk kita belajar urus wang dengan betul. Ini kerana masa ni hak pengurusan kewangan 100% di bawah kawalan kita. Tapi ketahuilah bila dah kahwin nanti pasangan kita boleh mempengaruhi urusan ini.
Kalau dapat isteri yang faham keadaan kita tu okey la kan. Tapi kalau dapat yang tak memahami. Tengok jiran beli kereta baru, dia pun nak kereta baru, tengok kawan beli sofa baru, dia pun nak sofa baru. Kalau kita memang ada duit lebih beli lah tak ada masalah.
Tapi kalau duit yang ada hanya cukup-cukup untuk keperluan sahaja. Menangis tak berlagulah jawabnya. Jadi masa bujang sekarang ni belajarlah ilmu mengurus wang. Supaya kita dapat buat persediaan kewangan yang betul sebelum melangkah ke alam perkahwinan.
Lagi satu dengan adanya ilmu ni baru lah kita tahu perempuan macam manakah yang sesuai untuk dijadikan pilihan hati. Ingat...pilih pasangan hidup ni antara benda besar yang perlu kita buat. Sebab kahwin ni soal kehidupan. Pendek kata kalau tersalah pilih memang tak boleh nak patah balik dah.
Jadi alang-alang memilih, maka pilihlah yang terbaik. Bagi cari yang terbaik ia bukan dilihat pada kecantikan dan kekayaan pasangan semata-mata. Tak guna cantik dan berharta tapi tak pandai mengurus rumah tangga.
Yang terbaik pilihlah yang ada agama. Kalau agama menjadi kriteria pilihan maka benda lain pun turut cantik.
Insha Allah.
Cikgu Ridwan
Tips Kewangan Orang Bujang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan