"Cikgu, betul ke simpan emas ni boleh cepat kaya?"
Sepanjang 2 tahun saya terlibat dalam dunia simpanan emas, soalan seperti ini sangat kerap saya terima. Jujur saya cakap untuk memastikan anda cepat kaya bukan dengan menyimpan emas.
Tapi untuk cepat kaya anda kena jadi peniaga emas. Kedudukan kita sebagai sebagai penyimpan emas tidak membuatkan kekayaan kita cepat bertambah. Ia hanya mengekalkan kekayaan kita yang sedia ada sahaja.
Kalau simpan lama pun, kita hanya dapat keuntungan hasil daripada peningkatan harga emas sahaja. Itu pun kena tunggu dalam tempoh 3 hingga 5 tahun ke atas. Namun begitu, kelebihan menyimpan emas buka hanya pada keuntungan bila harga emas naik semata-mata.
Ini kerana emas adalah alat kewangan yang menjadi benteng terakhir dalam kehidupan kita. Dengan kata lain, jarang saya jumpa orang yang beli emas dan tunggu harga naik dan dia jual. Proses jual beli emas dalam jangka masa yang singkat ni orang pangil pelabur emas. Dan kalau anda nak melabur memang tak sesuai kalau setakat beli 1 gram sahaja. Lebih baik simpan sahaja.
Sebenarnya, kalau nak simpan emas kita kena ada matlamat. Contohnya, simpan untuk kahwin, pendidikan anak-anak, tunaikan haji atau umrah atau untuk ditukar kepada aset yang lebih berbaloi seperti hartanah atau rumah. Maknanya, jika keadaan ini tidak berlaku mereka tidak akan jual emas tersebut, walaupun harga emas pada ketika itu sedang meningkat naik.
Jadi untuk anda yang baru nak belajar simpan emas. Saya sarankan anda letak target untuk perbanyakkan gram emas. Bukanya beli 1 gram lepas tu tunggu harga emas naik, sebab kenaikkan harga emas hanya persoalan masa sahaja.
Sebagai contohnya, letak target simpan 1 gram emas 1 bulan secara konsisten. Cukup sahaja 1 tahun anda dah berjaya menyimpan 12 gram emas. Nilai 12 gram emas ketika ini bernilai RM2800++ macam tu.
Kalau simpan duit belum tentu anda dapat capai target ni dalam setahun. Kebanyakkan orang simpan duit awal bulan, tak sampai hujung bulan dah korek balik duit. Niat nak simpan sikit-sikit lama-lama jadi bukit mungkin berubah kepada simpan sikit-sikit lama-lama makin sikit.
Cikgu Ridwan
Tip Simpan Emas
18 Feb 2023
Tiada ulasan:
Catat Ulasan