Ahad, 15 Januari 2023

Prinsip Hidup Di Bawah Kemampuan



Satu benda yang paling mahal saya belajar dalam Team 5G Associates Public Gold adalah nilai kesederhanaan. 

Kenapa saya cakap macam tu?

Ini kerana walaupun pendapatan bulanan mereka dengan Public Gold dah cecah 5 angka setiap bulan mereka tidak pernah sesekali terfikir untuk tukar kereta baru, rewards diri berlebih-lebihan atau gunakan semua duit tersebut untuk berjoli. 

Sebaliknya, pendapatan yang ada itu di alihkan dulu kepada simpanan. Kesedaran membuat simpanan adalah perkara yang paling asas dalam membina kekayaan. Makna kata, kalau anda tidak mulakan simpanan sampai bila-bila pun anda tidak akan pernah kaya. 

"Habis tu sampai bila nak buat simpanan? Tak kan tak boleh reward diri langsung"

Okay macam ni....Kata mentor kewangan saya Tuan Mohd Zulkifli, pada permulaan kita kerja letak matlamat kewangan untuk adakan simpanan kecemasan 3 bulan pendapatan. Dengan kata lain andaikan gaji anda RM3000 sebulan. Jadi anda kena ada simpanan kecemasan RM9000 tunai. 

Lagi satu duit kecemasan ini jangan simpan dalam bentuk aset fizikal seperti emas sebab ianya tidak sesuai. Mesti simpan dalam bentuk tunai supaya bila berlaku apa-apa kecemasan kita senang untuk cairkan duit tersebut. 

Berkenaan dengan reward diri pula..Sebenarnya tidak salah reward diri setelah penat membanting tulang jana pendapatan. Tetapi bagi saya pada permulaan kerja iaitu 1 hingga 3 tahun  pertama bukan masanya lagi. 

Ini kerana terdapat banyak dana kewangan yang perlu kita cukupkan seperti tabung perkahwinan, tabung deposit beli kereta pertama, tabung beli perabut masuk rumah baru dan banyak lagi. Jadi seandainya pendapatan kita kerap kali digunakan untuk reward diri sahaja, 

Nanti bila nak kahwin....Nak pakai banyak duit. Tak kan nak pinjam orang sana sini. Paling mudah buat pembiayaan pinjaman peribadi RM50 k untuk guna dalam satu majlis yang menyedapkan mata orang sekeliling sahaja. Kesannya, kahwin dah 5 tahun pun hutang tersebut masih lagi belum selesai. 

Oleh itu, rancang perjalanan kita seawal kita dapat gaji pertama dalam kehidupan. Belajar untuk hidup di bawah kemampuan bukan hidup mengikut kemampuan dan jauhkan dari hidup melebihi kemampuan. 

Cikgu Ridwan
15 Januari 2023

Tiada ulasan:

PENCEN DI USIA MUDA

  “Kita je yang senyum ni naik MRT. Orang lain semua muka masam” - Kata En Muttaqin Ini kali pertama saya naik MRT sepanjang 3 tahun menetap...