Tanda bisnes akan grow bila mana kita berkawan dengan orang yang ada mindset yang sama.
Bila bercakap semua sync sebab masing-masing ada matlamat dan impian yang sama.
Tidak ada yang akan ketawa, herdik atau rendahkan idea kita sebab kita tahu apa kita buat dan ke mana kita nak pergi.
Mereka bertiga boleh dikatakan kawan saya dalam fasa ke-5 kehidupan saya.
Fasa pertama sekolah rendah, kedua sekolah menengah, ketiga Pra Universiti, ke empat Universiti dan kelima adalah fasa kerjaya.
Hari ni saya boleh buat kesimpulan, kawan yang paling kerap saya jumpa adalah mereka.
Walaupun mereka hadir dalam hidup saya di fasa paling akhir.
Kawan yang di fasa awal dulu yang saya rasa macam tak nak berpisah. Nak bersama sampai bila-bila.
Akhirnya berpisah juga ekoran tuntutan tanggungjawab dan urusan kerjaya.
Inilah kehidupan. Hari-hari kita akan habiskan masa dengan kawan yang berada di tempat kita mencari rezeki.
Jika dulu waktu kerja makan gaji. Kawan yang hari-hari saya jumpa dan bersembang sudah pasti rakan sekerja sebab mereka berada di mana tempat saya mencari rezeki.
Hari ini bila saya full time buat bisnes #PublicGold. Orang paling kerap saya jumpa, berbual dan berkongsi suka dan duka adalah rakan bisnes saya dalam Team #5gassociates.
Penting kita pilih dengan siapa kita nak berkawan. Kata guru saya “kita adalah produk kepada persekitaran. Siapa kita 5 tahun akan datang tak jauh beza dengan 5 orang kawan rapat kita”.
Impian saya nak jadi kaya dan berjaya di usia muda. Saya tak nak miskin! Saya nak jadi kaya supaya saya boleh buat banyak kebaikan dengan kekayaan yang saya ada.
Saya sangat percaya kekayaan adalah kenderaan untuk buat banyak kebaikan.
Jadi kalau nak kaya di usia muda. Saya kena kawan dengan mereka yang dah capai kejayaan ini di usia muda.
Bila saya bersama mereka. Insha Allah saya pun akan jadi macam mereka juga nanti.
#IslahDiri #NotaCikguRidwa

Tiada ulasan:
Catat Ulasan