Untuk Anak muda hari ni yang tengah struggle bina kehidupan.
Peringkat awal bina kehidupan kena percaya pada kerja keras. Jangan termakan dengan nasihat kewangan yang defensive seperti “Jangan kerja kuat sangat badan tu nak pakai lama. Jangan kejar dunia. Hidup ni kena ada Work Life Balance”
Nasihat ini mungkin betul untuk orang lain. Tapi ia tak betul untuk anda yang masih fasa “kais sebulan makan sebulan”.
Kedua, jangan letak nasib kita pada kerajaan. Siapa pun memerintah malaysia. Harga barang akan terus naik. Inflasi akan terus meningkat.
Letak nasib ubah hidup pada diri sendiri. Percaya pada kerja keras.
Peringkat awal kerja pakai kudrat. Dalam masa yang sama cari bisnes yang ada sistem supaya nanti kita boleh capai pasif income.
Dengan kata lain anda tak pergi kerja pun masih ada pendapatan. Alhamdulillah saya dah capai hari ini dengan jalan #BisnesPublicGold .
Ketiga, waktu kerja wajib hidup di bawah kemampuan. Tangguh dulu keinginan sementara. Kalau mampu pakai kereta. Maka naiklah motor dulu.
Kalau mampu menyewa kondo. Maka menyewa la rumah flat dulu. Hidup biasa-biasa tak apa. Kata guru saya “Biar tak nampak bergaya asalkan poket kita kata.”
Keempat, dapat gaji setiap bulan. Bayar diri sendiri dulu iaitu dengan cara buat saving. Fokus simpanan kecemasan 3 hingga 6 bulan pendapatan. Ini penting untuk yang baru bekerja. Sambil-sambil tu belajar simpan emas di #AkaunGAP Public Gold.
Sebab kata guru saya jaminan untuk seorang pekerja adalah berhenti atau diberhentikan. Jadi waktu sihat ada kerja buat persiapan untuk hari yang kita belum tahu untung nasib kita.
Ini apa yang saya amalkan 3 tahun yang lalu. Hari ini alhamdulillah saya nikmati hidup yang saya rasa tak ramai anak muda dapat capai seawal usia 20-an. Alhamdulillah.
*Gambar waktu di universiti. Bantu kawan buat bisnes printing baju. Bukan hidup ini yang keras. Tapi kita yang Malas !
#TipBisnes #TipKewanganPeribadi #NotaCikguRidwan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan