Sabtu, 7 Jun 2025

Bina Structure Bisnes Betul-Betul. Sekali Qualify PGLS, Qualify Sampai Mati!


Pesan mentor, lambat atau cepat FMD pasti akan qualify double ticket ke PGLS.

Antara sebabnya ialah bisnes ni bersifat “accumulated”

Dengan kata lain jumlah FL akan accumulated. Contohnya…

“FL En Baharom tahun 2024 seramai 500 orang. Tahun 2025 FL seramai 500 orang ini masih ada dan akan bertambah dengan FL baru tahun 2025”

Lagi satu kata Mentor, dengan adanya support sistem daripada Team 5G bukan FL sahaja yang accumulated.

Tapi ilmu dan skill juga akan acccumulated.

Jadi, FMD hari ni fokus sahaja buat bisnes ni dan jangan berhenti. Lambat atau cepat structure bisnes akan settel juga. Insha-Alllah….

Walaupun macam tu, FMD jangan rasa selesa untuk buat bisnes santai-santai.

Dalam bisnes tiada istilah buat santai-santai janji sampai. Buat santai bisnes pun jadi santai juga nanti. 

Jadi kena all out. Dalam masa 3 tahun pertama ni biar kita penat. Yang pasti penat ni akan jadi penat yang berbaloi. 

Sentiasa bergerak dalam team supaya kita grow sama-sama dalam satu batch.

Supaya kita tak ketinggalan (dan tak rasa inferior) dengan kawan-kawan satu masa nanti…..

FAHAMI STRUCTURE BISNES


Kata mentor untuk qualify PGLS, kita kena bina structure (jumlah FL dan Empayar) betul-betul solid.


Bina ni sekali sahaja. Bila ia dah solid. Kita akan dapat sales secara automatik dan Insha-Allah qualify PGLS setiap tahun. 


Dari pihak Public Gold, syarat nak dapat tiket PGLS FMD mesti dapat sales :


  • RM3 Juta Setahun = 1 Tiket
  • RM6 Juta Setahun = 2 Tiket


Formula yang mentor buat untuk dapatkan sales yang cukup, kena pastikan structure solid. Caranya mudah sahaja….


  • 1000 FL Aktif - 1 Tiket 
  • 2000 FL Aktif - 2 Tiket


Dengan adanya jumlah FL sebanyak itu, purata sales yang boleh dihasilkan PS (Personal Sales);


  • RM250K / Bulan = RM3 Juta Setahun (1 Tiket) 
  • RM500K / Bulan = RM6 Juta Setahun (2 Tiket)


FOKUS QUALIFY PGLS DENGAN PERSONAL SALES


Pesan mentor, semua FMD kena target qualify dengan PS. Jangan harapkan Group Sales (GS). Anggap sahaja GS hanya bonus.


Kenapa mentor suggest target qualify dengan PS bukan GS?


1.⁠ ⁠Income lebih besar

  • Nak income besar dan cepat adalah dengan naikkan PS. Bila income besar kita akan lebih happy untuk pergi trip. Pengalaman peribadi saya sendiri. Alhamdulillah trip pertama saya dan isteri ke swiss adalah dengan PS RM6 Juta. 
  • Dengan PS macam ni bermakna income setahun saya adalah RM120K (RM6 Juta x 2 %)
  • Insha-Allah dengan income macam ni FMD pergi trip dengan senyuman walaupun belum ada sumbangan income daripada GS.


2.⁠ ⁠⁠Posture lebih meyakinkan dalam membina team

  • Dalam kita sedar atau tak sebenarnya team sedang memerhati kita. Team akan lebih respect bila PS kita Tip Top. 
  • Kata mentor cakap orang berduit lebih berpengaruh sebab kita tak perlu mengemis dengan team untuk qualify PGLS.


3.⁠ ⁠⁠Team akan grow dengan lebih cepat

  • FMD yang PS perform pasti dah menguasai skill “recuitment & sales” dengan baik.
  • Cakap FMD yang perform lebih berpengaruh sebab ingat kata mentor… “Leadership bukan tentang kita cakap orang dengar. Tapi ia soal kita buat orang tiru”
  • Jadi kalau nak cakap dekat team buat video 3 kali sehari. Kita pun kena buat. Baru kata-kata itu berpengaruh. (Ini untuk FMD baru, bukan leader. Leader mereka dah di fasa lain)
  • Insha-Allah bila FMD perform proses duplication dalam team akan lebih cepat berlaku.




Khamis, 5 Jun 2025

PILIH APA KITA SUKA. BUKAN APA ORANG SUKA


 Pilih apa kita suka. Bukan apa yang orang suka.

Sungguh terinspirasi saya baca kisah daripada pelajar terbaik SPM 2008 iaitu Nik Nur Madihah.
Kisah beliau terkesan dihati saya. Sebab apa yang beliau lalui itu pernah juga saya lalui sekitar tahun 2016.
Pagi itu setelah beberapa bulan keputusan STPM diumumkan. Tiba masanya kami pelajar lepasan STPM buat pilihan untuk sambung belajar ke universiti.
“Kenapa pilih bidang sastera pendidikan. Kenapa bukan bidang ekonomi? Kamu kan belajar terbaik STPM sekolah dapat 4Flat!”
Demikianlah kata-kata dari seorang guru di sekolah saya dulu. Tapi jangan salah faham. Kata-kata ini ada benar juga.
Sebab masa STPM, ekonomi adalah subjek yang saya sentiasa skor A sepanjang 3 semester.
Jadi tak peliklah kenapa persoalan ini timbul. Tapi apa yang saya nak kongsikan di sini. Ramai tak tahu.
Selama di STPM, walaupun saya sangat perform dalam subjek ekonomi. Tapi dalam hati, memang saya tak minat ekonomi!
Ye betul saya tak minat. Dalam erti kata lain saya skor dalam subjek ekonomi hanya semata-mata nak menepis persepsi pelajar ketika itu…
“Masuk Tingkatan 6 nanti, kau jangan duduk kelas Eko. Susah nak skor nanti”
Ini kata-kata yang sering saya dengar sebelum menjejakkan kaki ke Tingkatan 6.
Jadi motivasi saya untuk skor A adalah untuk buktikan Ekonomi ni tak susah. Sangat senang dan boleh skor A kalau kita belajar betul-betul.
Alhamdulillah, pilihan yang tepat di universiti saya ambil kos sastera pendidikan. Bidang yang kena dengan diri saya.
Kalau saya ambil ekonomi semata-mata nak nampak bagus di mata orang sedangkan dalam hati saya sendiri tak minat.
Pasti saya tak menikmati hidup semasa belajar di universiti.
Kesimpulannya, kita bertanggungjawab atas hidup kita. Ibu bapa atau guru kita boleh bagi pandangan. Tapi ia tak semestinya betul.
Tanya hati kita apa kita nak. Kita bergerak ke arah itu dan buat yang terbaik.
Insha Allah
Mohamed Ridwan
Ampang, Kuala Lumpur
04 Jun 2024

SYUKUR SAYA MENETAP DI MALAYSIA


 Hujan Emas Di Negeri Orang, Hujan Batu di Negeri sendiri, Baik Lagi Negeri Sendiri.

Seumur hidup saya, ini kalau pertama saya bercuti ke eropah.
Banyak saya belajar sepanjang permusafiran saya di negara orang. Apa yang paling terkesan adalah makanan dan tempat solat.
Di eropah khsususnya, susah nak cari makanan halal dan surau kalau nak dibandingkan dengan malaysia atau negara islam.
Sepanjang jalan kalau nak makan atau nak beli makanan kita sendiri kena semak dan tanya penjual adakah ini halal. Kalau penjual tak tau terpaksa kita cek kandungan makanan tersebut.
Ini situasi baru untuk saya sebab ini pengalaman pertama saya. Sebab kalau di Malaysia situasi ni saya tak hadapi.
Di Malaysia nak beli makanan dah ada cop halal oleh jakim. Memang tak perlu semak dah. Lagi satu, di Malaysia pergi mana-mana tempat pun mudah untuk cari surau untuk solat.
Fuhh dulu saya tak rasa benda ni nikmat.
Bila ke luar negara baru saya rasa nikmat dan syukur betul berada di negara islam Malaysia🇲🇾.
Saya tak salahkan mereka sebab memang mereka bukan negara islam. Cuma pengalaman ni telah menambahkan lagi rasa syukur saya.
Jujur saya cakap, negara luar seronok untuk bercuti sahaja tapi bukan untuk menetap.
Kalau menetap saya lebih suka di Malaysia berbanding di luar negara.
Mohamed Ridwan
7 September 2024
Zurich, Switzerland

KENAPA CIKGU BUAT BISNES PUBLIC GOLD?


Ramai tanya saya “Kenapa cikgu sungguh-sungguh buat bisnes #PublicGold ?”

Okey baiklah, hari ini saya senaraikan 8 point “Kenapa Public Gold?”
Point ni agak panjang, tapi bacalah kalau anda nak tahu kenapa. Saya yakin anda pasti tak menyesal baca.
Dah baca jangan lupa share dan tag rakan-rakan. Moga lebih ramai lagi yang dapat manfaat.
1) Produk Evergreen
Siapa je tak suka emas kan? Emas adalah aset bernilai dan relevan sepanjang zaman. Dari dulu sampai sekarang emas tetap dianggap mahal sebab ia adalah simbol kekayaan. Jadi mudah untuk saya ajar orang simpan emas. Sebab bila beli emas bermakna kita simpan duit bukan habiskan duit.
2) Bisnes Online.
Kata Tuan Azizi Ali Mentor Wang “Antara sebab saya pilih Public Gold adalah sebab bisnes ni boleh buat “Online”. Ini paling penting saya rasa. Di mana sahaja saya berada bisnes saya tetap berjalan. Saya hanya perlukan Phone dan Internet sahaja. Contohnya bulan ni 9 hari saya berada di luar negara iaitu Dubai, Switzerland dan Italy mengikuti Percutian VVIP Tajaan penuh Public Gold. Tapi saya masih lagi saya boleh rekod video content, bantu penyimpan emas dan bantu dealer aktif di bawah bimbingan saya. Dengan kata lain bisnes saya tetap berjalan walaupun saya tak berada di Malaysia.
3) Tidak perlu pegang Stok atau hantar stok kepada pelanggan.
Bagi saya inilah perkara yang paling best tentang Public Gold. Bayangkan kalau saya jual emas dan perlu hantar stok kepada pelanggan kalau mereka nak beli emas. Fuhh sudah pasti bisnes saya stop bila saya tiada di Malaysia. Kalau nak pastikan bisnes saya tetap on pun saya kena ada staf untuk mereka uruskan dan ini perlukan kos. Tapi di Public Gold semua kerja operation ni dealer tak perlu buat! Semua staf Public Gold yang uruskan dan dealer tak perlu bayar walaupun satu sen. Contohnya proses bungkus parcel, postage parcel atau urus maklumat order. Tugas dealer hanya sebarkan kebaikan menabung emas dan pastikan pelanggan simpan emas secara konsisten dengan ilmu yang betul di Public Gold. Dengan kata lain tugas dealer ni buat marketting, sales dan guide customers sahaja.
4) Percutian VVIP ke Oversea setiap tahun Tajaan Penuh Public Gold
Awal-awal dulu saya tak tertarik dengan percutian sebab saya bukan kaki jalan. Tapi saya silap. Hari ni saya sendiri menghadiri percutian ni dengan 2 tiket ke #PGLSSwitzerland. Perasaan gembira tak boleh saya gambarkan. Masuk sahaja ke Flight Emirates dengar wish daripada KRU kapal yang ucap selamat datang kepada Public Gold Group. Fuh belum lagi sampai ke swiss permulaan dah rasa macam VVIP. Sampai di Swiss tak payah cakap lah. Dari makan, jalan-jalan, hotel, duit belanja dan layanan tour guide semua Tip Top by Public Gold. Yang menarik hari ni saya dah pun unlocked 2 tiket ke Cape Town Next Year. Alhamdulillah.
5) Tiada target sales untuk kekalkan status dealership.
Dealership di Public Gold adalah seumur hidup. Aktif atau tak anda tetap dealer Public Gold. Bezanya “Buat dapat, Tak buat tak dapat, Tak dapat sebab tak buat” - Kata Mentor En Mohd Zulkifli Shafie. Jadi tak perlu stress jadi dealer. Nothing to lose. Walau anda sibuk kerja sekali pun masih boleh buat bisnes Public Gold. Mula dulu dengan Part Time nanti anda dah faham pasti anda akan buat Full Time untuk dapat kebebasan Kewangan dan Masa.
6) Bisnes yang boleh diwarisi
Ini bukan cakap kosong. Sebenarnya sudah ada bukti di Public Gold yang mana income Public Gold sememangnya boleh diwarisi. Contohhya, Kematian Arwah Tuan Muda Abdur Rahman Al-Amin Ismail tahun lepas (Al Fatihah dibaca). Hari ini ibu beliau mewarisi income daripada bisnes beliau di Public Gold konsisten setiap bulan. Berapa banyak saya tak pasti. Tapi ia ibarat arwah tinggalkan 5 ke 10 buah rumah sewa yang boleh jana income bersih RM500 sebulan untuk setiap satu rumah. Subhanallah berkat sungguh hidup arwah. Sudah meninggal dunia tapi masih lagi bagi manfaat kepada ibu beliau.
7) Bisnes tak melekat pada tubuh badan kita.
Ini satu point yang sangat mahal saya rasa. Kenapa saya cakap macam tu? Ini sebab kalau kita nak ada bisnes yang besar. Jangan biarkan bisnes melekat pada kita. Kalau melekat confirm bisnes tak boleh berkembang. Di Public Gold, walaupun pelanggan saya beli emas berkali-kali. Tapi saya hanya perlu ajar dia beli sekali sahaja. Selebihnya semua saya hantar mereka masuk sekolah (seminar) iaitu team saya Public Gold By 5G Associates Official. Yang best seminar ni bukan saya sahaja kena jadi speaker. Siapa-siapa sahaja boleh jadi speaker. Jadi pelanggan saya akan berdikari dan boleh belajar ilmu emas bila-bila masa sahaja dan di mana jua mereka berada. Kesimpulanya bisnes ni tak melekat pada saya. Walau saya meninggal dunia sekali pun bisnes tetap boleh berkembang sebab saya ada team yang akan sentiasa aktif buat seminar dan siap sedia dengan SOP atau FAQ soalan asas tentang emas.
8)Jalan paling mudah, cepat dan murah untuk capai “Financial Freedom & Time Freedom”
Nak capai bebas wang dan masa bukan satu benda mudah. Kalau ikut kata Mentor saya En Mohd Zulkifli Shafie bebas wang ni bermakna kita ada pendapatan pasif yang melebihi perbelanjaan bulanan kita. Pendapatan pasif bermakna kita tak perlu pergi kerja iaitu jual masa untuk dapatkan duit. Duit boleh dapat walau kita tak perlu pergi kerja pagi dan balik malam. Haa macam mana tu? Saya tak nak cakap kat sini. Benda ni anda boleh belajar dalam seminar #Membina1JutaPertama yang disampaikan terus oleh mentor saya Tuan Zulkifli. Tahun ni ada 2 lagi seminar #M1JP yang belum berlangsung iaitu di kelantan dan sabah. Yang berminat boleh hubungi saya.
Saya rasa cukup itu sahaja dahulu. Ada banyak lagi point “Kenapa Public Gold” kalau nak saya senaraikan.
Alhamdulillah ini tahun ke 4 saya bersama Public Gold. Hari ni ada lebih 6000 orang penyimpan emas berada di bawah bimbingan saya.
Selain itu saya juga ada lebih daripada 70 orang dealer yang bersama saya membantu sebarkan ilmu emas kepada masyarakat di Malaysia.
Misi saya seterusnya adalah lengkapkan misi mentor saya iaitu #MisiUbahHidup1000Keluarga dengan jalan bisnes Public Gold.
Insha Allah. Doakan saya.
Mohamed Ridwan
12 September
Dubai International Airport

Bina Structure Bisnes Betul-Betul. Sekali Qualify PGLS, Qualify Sampai Mati!

Pesan mentor, lambat atau cepat FMD pasti akan qualify double ticket ke PGLS. Antara sebabnya ialah bisnes ni bersifat “accumulated” Dengan ...