Sabtu, 8 Februari 2025

Hati-hati Terima Nasihat

 


Hidup ini pilihan. Tiada betul tiada salah.

Dulu ada orang nasihatkan saya….

“Kerja penat-penat. Tak payah lah menabung banyak-banyak. Ada duit pergilah bercuti. Duit ni untuk kita guna, bukan simpan. Duit bukan boleh masuk kubur”

Saya dengar dan senyum sahaja tanpa kata.

Masuk dalam circle #G100x5G, Mentor saya En Mohd Zulkifli Shafie nasihat…

“Waktu kita sihat dan kuat untuk bekerja. Ini masa kita untuk penuhkan tabungan. Pekerjaan kita hari ni ada dua jaminan sahaja. Pertama berhenti atau diberhentikan sahaja. Jadi buatlah persiapan di hari yang belum tentu untung nasib kita”

Dua nasihat di atas semua betul dan tak salah sedikit pun. Ya betul…

Betul untuk apa yang kita nak jadi. Biasanya kalau kita ikut nasihat tersebut kita akan jadi macam apa yang orang itu jadi. 

Nasihat pertama betul andai kita tak ada plan ada kebebasan wang dan masa. Kita ikut sahaja apa yang norma masyarakat biasa.

Belajar pandai-pandai. Cari kerja yang menjamin gaji setiap bulan. Buat loan untuk dapatkan keinginan dan keperluan. Pergi dan balik kerja hujung bulan untuk bayar hutang. Dan ulang sampai pencen.

Adakah perkara ni salah? Tak salah. Betul kalau kita nak jadi macam ini. 

Nasihat kedua daripada guru saya pun betul. Di mana awal-awal membina kerjaya 3 hingga 5 tahun pertama fokus obses pada tabungan.

Tak bermewah-mewah. Hidup biasa-biasa sahaja. 

Dalam masa yang sama belajar ilmu kewangan dan cuba bina pendapatan melalui bisnes. Lagi bagus cari bisnes bersistem yang boleh jana pendapatan pasif macam bisnes #PublicGold. 

Sampai satu masa boleh pilih untuk pencen awal sebelum usia. Boleh nikmati kebebasan wang dan masa. 

Jadi hidup ini pilihan. Tiada betul tiada salah. Yang penting jangan kompelin. Kalau itu yang kita pilih…….

Mohamed Ridwan 
Cyberjaya

#TipKewanganPeribadi

Tiada ulasan:

PENCEN DI USIA MUDA

  “Kita je yang senyum ni naik MRT. Orang lain semua muka masam” - Kata En Muttaqin Ini kali pertama saya naik MRT sepanjang 3 tahun menetap...