Semua sudah tertulis. Namun…..
Hari ni saya belajar satu perkara mahal daripada guru saya.
Dalam hidup ni kita sebagai manusia mendatangi 2 perkara. Pertama adalah ajal dan kedua adalah rezeki.
Hari-hari yang berlalu kita sebenarnya semakin dekat dengan ajal. Ada orang tu elok-elok duduk rumah. Keluar sahaja rumah kemalangan dan meninggal dunia.
Mereka meninggal bukan sebab keluar rumah. Tapi memang itu dah ajal yang telah pun tertulis. Keluar rumah itu hanya asbab kepada ajal sahaja.
Kedua ialah Rezeki. Setiap hari yang kita lalui kita akan pergi ke tempat yang mana rezeki kita ada di situ.
Contoh paling mudah. Hari-hari pergi kerja sebab rezeki ada di situ.
Memang rezeki allah dah tetapkan sejak kita dalam kandungan lagi. Namun rezeki tak datang bergolek atau turun dari langit.
Allah bagi rezeki atas asbab yang berlaku. Contohnya, kita hadir program ilmu untuk belajar ilmu bisnes.
Hasilnya kita dapat rezeki daripada bisnes yang kita bina. Alhamdulillah.
Ya betul rezeki memang Allah dah tetapkan. Tapi pasti ada asbab atas usaha yang kita lakukan.
Insha Allah. Moga bermanfaat.
#IslahDiri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan