Saya tahu semua penat. Tapi sabarlah. Ini jalan yang tak ramai orang pilih.
Tapi ketahuilah apa yang kita dapat nanti adalah perkara yang ramai orang nak tapi mereka tak boleh dapat iaitu Financial Freedom dan Time Freedom.
Dengan kata lain tak kerja pun masih ada duit.
Inilah kata-kata yang sentiasa saya pesan untuk team saya yang sekarang tengah berusaha ubah hidup.
Ada yang PM saya mengadu “Cikgu, saya dah buat tapi kenapa belum dapat?”
Bila mereka PM bermakna mereka betul-betul ikhlas nak ubah hidup.
Bila berbicara soal kejayaan saya teringkat kata guru saya En Mohd Zulkifli Shafie…
Kata beliau kejayaan ni hanya persoalan usaha dan masa sahaja.
Boleh jadi usaha kita dah kuat tapi masa kita belum cukup.
Boleh jadi kita dah ambil masa yang lama membina bisnes tapi usaha kita belum betul-betul cukup.
Nak tak nak kena seiring diantara usaha dan juga masa. Nikmati proses dengan sabar dan konsisten buat perkara yang betul.
Tidak seronok kejayaan tanpa kesusahan. Bila berjaya yang kita nak ceritakan sebagai inspirasi buat semua adalah kesusahan, kepayahan dan kegagalan yang kita hadapi.
Supaya mereka yang dengar tahu yang mereka sekarang sedang lalui satu proses menuju kejayaan.
Yang mana satu hari nanti mereka pun boleh berjaya sama macam orang berjaya dapat.
#MisiUbahHidup1000Keluarga