Khamis, 26 September 2024
Hidup Di Bawah Kemampuan
Isnin, 2 September 2024
Elak Duit Bocor, Ambil Tempoh Bertenang Sebelum Berbelanja
Bulan lepas lebih 4 buah showroom kereta saya dan isteri masuk.
Dah lebih 4 buah kereta kami dah “test drive”. Masa tu nafsu membuak-buak nak submit slip gaji untuk buat loan kereta baru.
Tapi selepas pulang dari rumah. Saya cuba termenung seketika. Ambil tempoh bertenang.
Selesai solat maghrib dan baca Al-quran saya terus capai satu buku kewanagan bertajuk “Maharaja Wang” tulisan Tuan Azizi Ali.
Helaian demi helaian saya baca ibarat ada satu panahan tajam yang menusuk masuk ke dada saya.
Sungguh tajam kata-kata beliau dalam buku tersebut.
Dalam buku tu ada satu kata-kata yang buat saya termenung…
“Saya rasa lebih baik anda sewa sahaja kereta yang anda suka untuk berseronok. Lagipun, buat apa berbelanja wang yang gila banyaknya untuk sesuatu yang susut nilainya setiap bulan?”
Saya fikir ada betulnya juga. Sebenarnya kami dah ada sebuah kenderaan yang boleh bawa kami dari titik A ke titik B.
Jadi keputusan ambil sebuah lagi kereta dengan hutang yang baru selama 9 tahun bagi saya sangat ralat!
Nasib saya cepat insaf. Huhhh
Sebenarnya keputusan ambil kereta baru adalah atas alasan untuk balik kampung.
Bila saya fikir semula. Itu hanya alasan sahaja untuk menyedapkan hati saya supaya saya dapat beli kereta baru.
Sebab saya balik kampung mungkin dalam 3 bulan 1 kali balik. Jadi kos bayar loan dan bela kereta wajib bayar sepanjang tahun.
Sedangkan kereta saya hanya guna 4 kali dalam setahun.
Kalau macam ni jauh lebih jimat saya sewa sahaja kereta kalau nak balik kampung dengan kereta baru.
Lagi satu bila sewa saya bebas nak pilih kereta apa yang saya nak pakai. Dan sebenarnya kos sewa kereta jauh lebih jimat dari kos bela kereta sendiri.
Itu lebih bijak sebenarnya. Alhamdulillah nasib baik saya ambil tempoh bertenang.
Kalau tak hari ni saya akan tambah lagi satu komitmen hutang selama 9 tahun yang sebenarnya ia belum lagi satu keperluan…
Mohamed Ridwan
2 September 2024
Cheras, Kuala Lumpur
#TipKewanganPeribadi
Pencen Bukan Soal Usia, Tapi Soal Kedudukan Kewangan
1 September 2024 secara rasminya saya telah bersara sebagai Guru.
Rasa sedih dan gembira bercampur baur dalam diri saya. Sedih sebab terpaksa tinggalkan cita-cita yang dibina sejak dibangku sekolah lagi.
Gembira sebab ini adalah impian baru yang saya bina apabila meningkat dewasa iaitu ada kebebasan duit dan masa.
Saya pun tak sangka, bisnes yang saya bina 3 tahun lalu secara “Part Time” hari ni menjadi sumber rezeki utama bagi saya.
Syukur Alhamdulillah.
Tapi saya nak semua tahu, keputusan untuk berhenti jadi guru bukan “overnight” punya decision.
Sebenarnya, perkara ni saya dah rancang 3 tahun yang lalu. Saya bermula dengan kosong tak tahu apa-apa tentang emas.
Hari demi hari saya belajar ilmu emas dan bisnes. Fasa permulaan membina bisnes tak mudah. Macam Tuan Azam selalu sebut…..
“Di fasa membina bisnes, kita akan banyak rasa penat, sedih, kecewa, terasa hati, tersentap, gembira dan sebagainya. Tapi kita tetap perlu teruskan untuk mencapai impian hidup kita.”
Jadi sebab impian saya besar iaitu nak jadi kaya, banyak duit dan boleh bantu ramai orang sekeliling (keluarga) saya tanpa saya fikir lagi pasal duit.
Maka saya “all out” 3 tahun pertama dalam membina bisnes.
Sebab saya dah faham kalau kita nak jadi kaya tak cukup dengan kerja makan gaji. Kita kena ada satu bisnes bersistem yang boleh buat duit secara “unlimited.”
Syukur sebab saya jumpa bisnes Public Gold awal iaitu sebelum saya posting menjadi guru.
Jadi saya dah plan yang saya mungkin jadi guru tak lebih dari 5 tahun. Tapi ia berlaku kurang dari 5 tahun iaitu saya hanya makan gaji selama 2 tahun 5 bulan sahaja.
Jadi hari ini saya boleh rancang sendiri jadual saya. Saya pasti makin sibuk lepas ni untuk bantu team di bawah saya dan sambung #MisiUbahHidup1000Keluarga dengan Bisnes Public Gold yang diilhamkan oleh mentor kami iaitu En Mohd Zulkifli Shafie.
Tapi ini adalah sibuk yang saya plan dan saya happy buat benda ni.
Walaupun saya dah bersara dari seorang guru sekolah tapi sebenarnya saya masih seorang guru yang hari ini mempunyai lebih 6000 penyimpan emas di bawah bimbingan saya.
Alhamdulillah. Doakan saya.
Mohamed Ridwan
1 September 2024
Cheras, Kuala Lumpur
Pencen Muda
PENCEN DI USIA MUDA
Kalau dulu, bila sebut sahaja pencen pasti yang tergambar dalam fikiran kita adalah bila dah cecah usia 50-an ke atas.
Di mana ketika itu tenaga sudah pun berkurangan dan keinginan terhadap sesuatu perkara tidak lagi sekuat waktu muda dulu.
Tapi bila saya mula baca buku-buku kewangan dan hadir seminar-seminar kewangan, nescaya ada jalan yang boleh kita guna untuk pencen pada usia muda.
Jalannya bukan dengan cara kerja makan gaji, tapi dengan bangunkan bisnes di awal usia.
Perkara ini bukan cakap kosong. Saya sendiri melihat di mana memang ada dalam kalangan kawan saya yang dah bersara sebelum kerja.
Yang lagi hebat mereka dah bersara sebelum tamat belajar lagi. Dengan kata lain, masih bergelar pelajar tapi pendapatan bulanan mencecah 4 ke 5 angka sebulan.
Mereka tak perlu perlu pergi kerja pagi dan balik lewat malam untuk dapatkan gaji.
Cukup mereka buat kerja sekali bangunkan bisnes Public Gold dengan bersungguh-sungguh.
Tiada yang mustahil dengan jalan bisnes yang #publicgold sediakan. Dibantu dengan sistem yang Team #5gassociates sediakan.
Bisnes Public Gold hari ni jauh lebih mudah dan senang daripada 10 tahun lepas. Saya sangat bertuah dapat kenal public gold di awal usia.
Kini plan saya hanya satu iaitu bangunkan struktur bisnes ini dengan bersunguh-sungguh supaya dapat capai Financial Freedom dan Time Freedom.
Bila sampai waktu dan ketika saya bebas membuat pilihan untuk buat apa yang saya suka.
Succes Is Predictable. See you at the Top !
Mohamed Ridwan
Cyberjaya
19 Jun 2024
PENCEN DI USIA MUDA
“Kita je yang senyum ni naik MRT. Orang lain semua muka masam” - Kata En Muttaqin Ini kali pertama saya naik MRT sepanjang 3 tahun menetap...

-
1 September 2024 secara rasminya saya telah bersara sebagai Guru. Rasa sedih dan gembira bercampur baur dalam diri saya. Sedih sebab terpa...
-
Rugi sebenarnya mereka yang sekadar melihat emas sebagai aset jana keuntungan semata-mata. Umum kita tahu, nak untung dengan emas kita ken...
-
Bulan lepas lebih 4 buah showroom kereta saya dan isteri masuk. Dah lebih 4 buah kereta kami dah “test drive”. Masa tu nafsu membuak-buak ...