Rabu, 6 September 2023

Kos Sara Hidup atau Kos Gaya Hidup ?


 KOS SARA HIDUP di Kuala Lumpur tak tinggi yang tinggi tu adalah kos GAYA HIDUP.

Hari ni saya makan dua bungkus nasi lemak RM2.00 dan 2 ketul ayam goreng RM3.50.

Minum saya hanya ambil Tea O Ais. Harga dia RM1.50 

Jadi jumlah makan kenyang saya hari ni ialah RM7.00 sahaja.

Hidup ini pilihan. Kos makan kenyang setiap orang tak sama. Ada orang kos makan bergaya pun dah RM50 sekali makan, walaupun tak kenyang.

Tapi itu tak salah. Semua betul bergantung atas diri masing-masing.

Tapi saya punya prinsip, ketika saya hidup bujang di ibu kota seorang diri. Banyak kos yang boleh saya potong.

Saya selalu set dalam minda saya, 3 tahun pertama dalam membina kerjaya dalam hidup. Ini adalah masa saya perbanyakkan simpanan, bina bisnes (Public Gold) dan Kerja keras.

Sebab bila dah beristeri dan ada anak nanti kos hidup akan meningkat 3 kali ganda daripada biasa.

Jadi saya perlu “bersedia untuk tidak bersedia”. Hidup ini memang keras. Kena lawan takut nanti kita bakal di tawan.

Mohamed Ridwan

01 Ogos 2023

Ampang, Kuala Lumpur

#MR

Tiada ulasan:

PENCEN DI USIA MUDA

  “Kita je yang senyum ni naik MRT. Orang lain semua muka masam” - Kata En Muttaqin Ini kali pertama saya naik MRT sepanjang 3 tahun menetap...