Rabu, 6 September 2023

Jutawan Senyap

 “Ada orang beli ke emas 1 KG ?”

Ye ada. Buktinya bulan lepas saya bantu seorang penyimpan emas di bawah bimbingan saya.

Beliau bukan beli 1 KG, tapi 2 KG dalam bulan yang sama. Fuhh……

Dulu saya jarang share item kilo bar di Media Sosial. Sebab saya fikir ”mana la orang ada duit nak beli emas berharga ratusan ribu ringgit”.

Cetek sungguh pemikiran saya. Sebenarnya apa yang saya fikir itu betul. Tapi betul sebab saya letak diri saya di situ.

Yang tiada duit itu saya😂. Sebab itu timbul pemikiran begitu.

Sebenarnya terlalu ramai tuan puan “Jutawan Senyap” dalam masyarakat kita hari ni.

Tapi mereka tak “famous” di Media Sosial. Mereka biasanya orang bisnes.  Mereka tak minat expose diri.

Contohnya, Customer saya ni En Baharom (bukan nama sebenar). Saya pun tak kenal beliau.

Gambar profile whatsapp pun tiada. Tapi harta kekayaannya saya yakin dan pasti ada berkoyan-koyan.

Sebab orang beli emas ni biasanya guna duit lebihan. Kalau emas dh 2 KG. Maknanya banyak lagi la duit En Baharom….

Saya pahat pengalaman saya bantu En Baharom Lock 2 KG Emas dalam penulis ini.

Moga jadi inspirasi buat semua rakan-rakan dealer saya di Public Gold khususnya buat Team #5gassociates dan #G100Network.

Saya sentiasa ingat pesan mentor En Mohd Zulkifli Shafie “Dalam bisnes kena jujur, kongsikan ilmu yang betul pada masyarakat. Jangan sesekali menipu demi dapatkan wang”

Insha Allah saya doakan semoga simpanan emas ini mampu menjadikan kewangan masyarakat kita bertambah baik.

Amin.

Mohamed Ridwan

3 Ogos 2023

Ampang, Kuala Lumpur

#MR #TestimoniPenyimpanEmas

Tiada ulasan:

PENCEN DI USIA MUDA

  “Kita je yang senyum ni naik MRT. Orang lain semua muka masam” - Kata En Muttaqin Ini kali pertama saya naik MRT sepanjang 3 tahun menetap...