Ajaib….
Tiga cara ajaib untuk pastikan simpanan emas kita terus bertambah setiap bulan.
Cara yang ketiga itu yang paling ramai orang tak buat.
Kalau nak tahu, kena baca posting ni sampai habis dan jangan lupa share.
Pertama, tetapkan matlamat simpanan emas yang nak dicapai. Contohnya, nak capai 12 Gram emas dalam masa 1 tahun.
Jadi setiap bulan kena konsisten dan paksa diri untuk menabung 1 Gram emas untuk 1 bulan setiap kali dapat gaji.
Kedua, letak target keluarkan emas fizikal daripada Akaun Emas GAP. Contohnya, target item 10 Gram gold bar yang pertama.
Bila dalam Akaun Emas GAP dah lebih 10 gram, maka terus keluarkan 10 Gram sekeping. Dapat 10 Gram terus set target yang 20 Gram.
Bila emas ada ditangan nanti, aura untuk tambah simpanan akan semakin bertambah.
Haa yang ketiga…..
Yang ni ramai orang tak buat iaitu simpan bersama-sama orang tersayang. Kalau ada isteri pastikan simpan bersama-sama.
Bila ada circle yang ada matlamat yang sama. Kita akan lebih bersemangat untuk simpan emas bagi capai matlamat yang kita tetapkan.
“Tapi kalau yang tiada isteri macam mana…..”
Jawapannya, kawin la cepat-cepat. HAHAH !
Tak ada la gurau je. Kalau tiada isteri boleh ajak mak ayah, family atau kawan-kawan rapat. Bila kita buat secara bersama-sama.
Insha allah simpanan emas kita akan cepat bertambah secara konsisten.
Mohamed Ridwan
13 September 2023
Ampang, Kuala Lumpur.