Berat rasa hati.
Begitulah perasaan saya bila mana cuti sudah habis. Hati masih rasa berat untuk tinggalkan kampung halaman.
Tapi apa boleh buat perjuangan kehidupan mesti diteruskan. Sudah lumrah fasa dalam kehidupan.
Di mana waktu kecil kita akan habiskan masa kita di kampung halaman disamping keluarga tercinta.
Tapi bila dah habis sekolah, masuk universiti dan kini ke alam kerjaya, maka kita akan berhijrah pergi jauh meninggalkan kampung halaman dan keluarga tercinta.
Bagi anak muda yang dapat rezeki kerja di kg sendiri dekat dengan keluarga, maka bersyukurlah kalian.
Apa yang saya impikan suatu hari nanti adalah dapat kembali bekerja di negeri sendiri.
Nak habiskan sisa kehidupan disamping keluarga tercinta. Insha allah matlamat saya nak capai Financial Freedom dan Time Freedom sebelum umur 30 tahun.
Semua ini tidak mustahil jika kita buat persiapan kewangan dari sekarang.
Bina struktur bisnes yang kukuh, cukupkan dana kecemasan dan bina tabung persaraan seawal mungkin.
Biarlah waktu awal-awal kerja ni kita tak berjoli sana sini. Asalkan kita faham ke mana matlamat yang kita nak.
Bagi saya biarlah susah untuk 5 tahun pertama ini asalkan kita senang untuk 30 tahun ke depan.
Insha allah. Sekian.
Cikgu Ridwan
Perjalanan dari KB - KL
10 September 2022