Bila waktu terbaik beli EMAS ?
Soalan macam ni kerap kali saya terima. Terutama daripada mereka yang baru-baru nak belajar simpan emas.
Sebab mereka fikir nak beli emas mestilah kena tunggu harga emas murah.
Kalau direnungkan kata-kata tersebut ada logiknya juga.
Namun begitu, sebagai penyimpan emas kita tidak perlu fikir soal harga.
Apa yang kita perku fikir adalah pastikan simpanan emas kita sentiasa bertambah.
Ini kerana emas sememangnya tidak pernah murah. Ia memang merupakan barang yang berharga sepanjang zaman.
Berapa pun harganya tetap orang akan kata ia mahal.
Contohnya pada tahun 2000 harga emas hanya sekitar RM 30 1 gram. Tapi tetap saja ketika itu orang mengatakan emas mahal.
Ia hanya murah jika kita banding dengan harga hari ini iaitu sekitar RM 276 1 gram.
Dengan kata lain, emas hanya murah harganya bila dibandingkan dengan sejarah lepas.
Jadi waktu terbaik beli emas adalah waktu kita ada duit. Bukan tunggu harga emas jatuh.
Cikgu Ridwan
11 November 2022
Menara Public Gold, Kuala Lumpur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan