Selasa, 20 Jun 2023

PENIAGA TEPI JALAN

 

Jangan pandang rendah pada peniaga tepi jalan. 

Kadang tu pendapatan mereka lebih banyak daripada kita yang kerja kerajaan atau swasta.

Saya pernah berbual dengan Pak Saudara saya, yang mana beliau juga mencari rezeki dengan berniaga nasi lemak di tepi jalan pada waktu pagi.

Kata beliau, kalau sehari nak dapat jualan RM 800 ke RM1000 itu merupakan perkara biasa. Bila siap tolak kos modal bahan mentah semua untung bersih boleh cecah RM500 ke RM600 untuk sehari.

Fuhhh lumayan kan RM500 sehari untung bersih dengan berniaga ditepi jalan sahaja. Kalau sebulan dah RM13000.

Pendapatan mereka 5 angka sebulan. Bukan biasa-biasa.

Sepanjang laluan saya ke sekolah ada banyak kedai nasi tepi jalan.

Kebanyakkan mereka bukan lah orang asal sini. Tapi dari negara jiran.

Mereka sangat rajin kerja. Pagi lagi dah siap semua menu makanan jualan atas meja.

Yang lagi menarik layanan mereka pada pelanggan memang GRED A.

Percakapan mereka sangat lembut dan bahasa yang sangat sopan.

Apa yang boleh kita belajar, dalam membina bisnes ni fasa yang paling penting adalah membina diri.

Kalau membina diri pun kita gagal, jangan harap la bisnes nak maju.

Cikgu Ridwan 

15 November 2022

Taman Seraya, Selangor

Tiada ulasan:

PENCEN DI USIA MUDA

  “Kita je yang senyum ni naik MRT. Orang lain semua muka masam” - Kata En Muttaqin Ini kali pertama saya naik MRT sepanjang 3 tahun menetap...