Khamis, 10 Disember 2020

PENGENALAN

 

PENGENALAN TENTANG DIRI SAYA





Jika kau berhasrat untuk menjadi orang yang berjaya, mulai lah dari sekarang dan cubalah untuk melakukan sesuatu hal yang bermanfaat.


    SAYA Mohamed Ridwan Bin Mat Rawi. Saya adalah anak kelahiran negeri Serambi Mekkah, Kelantan. Alhamdulillah, tak terhitung banyaknya nikmat yang Tuhan kurniakan kepada saya. Latar belakang keluarga yang baik agamanya, ibu yang penyayang dan bapa yang hebat, mendorong saya jadi Ridwan pada hari ini. Serta guru-guru, mentor-mentor, sahabat-sahabat dan rakan-rakan yang sentiasa supportive untuk saya berjaya dunia dan akhirat.


SEORANG PELAJAR & USAHAWAN

    Semasa menulis artikel ini, saya sedang berada di penghujung semester akhir pembelajaran di Universiti Sains Malaysia, Gelugor, Pulau Pinang. Majoritinya akan anggap saya akan melangkah keluar dari USM ini akan menjadi seorang doktor, tapi sebenarnya tidak. Saya adalah seorang pelajar dalam bidang Pendidikan iaitu dalam subjek Bahasa Melayu dan Geografi. Dari sudut kelayakan, mungkin saya tidak layak untuk  berkongsi ilmu tentang emas dan kewangan, ramai lagi orang yang hebat dan pakar dalam bidng ini. Mana tidaknya, saya tidak pernah belajar tentang kewangan semasa zaman belajar di sekolah menengah, mahupun universiti.


    Walau bagaimanapun, saya tetap nekad dalam diri saya untuk belajar ilmu kewangan dan ilmu emas secara sendiri dengan berjumpa dengan pakar-pakar kewangan,  menghadiri seminar dan kursus, membaca buku, dan sebagainya. Pada masa yang sama saya telah nekad dalam diri saya untuk berkongsi segala ilmu dan pengetahuan yang saya ada kepada orang ramai agar dapat memberi manfaaat bersama. Ilmu yang bermanfaat kita kongsikan bersama.

Tiada ulasan:

PENCEN DI USIA MUDA

  “Kita je yang senyum ni naik MRT. Orang lain semua muka masam” - Kata En Muttaqin Ini kali pertama saya naik MRT sepanjang 3 tahun menetap...