Khamis, 10 Disember 2020
PENGENALAN
Semasa menulis artikel ini, saya sedang berada di penghujung semester akhir pembelajaran di Universiti Sains Malaysia, Gelugor, Pulau Pinang. Majoritinya akan anggap saya akan melangkah keluar dari USM ini akan menjadi seorang doktor, tapi sebenarnya tidak. Saya adalah seorang pelajar dalam bidang Pendidikan iaitu dalam subjek Bahasa Melayu dan Geografi. Dari sudut kelayakan, mungkin saya tidak layak untuk berkongsi ilmu tentang emas dan kewangan, ramai lagi orang yang hebat dan pakar dalam bidng ini. Mana tidaknya, saya tidak pernah belajar tentang kewangan semasa zaman belajar di sekolah menengah, mahupun universiti.
KENAPA PERLU MENYIMPAN EMAS?
KEISTIMEWAAN MENYIMPAN EMAS
Untuk simpanan jangka panjang, di antara menyimpan duit di bank atau menyimpan emas, saya lebih yakin menyimpan dalam bentuk emas, atas beberapa sebab.
Pertama, nilai emas lebih terjamin dalam jangka panjang. Kita ambil contoh 1 Dinar. Pada zaman Nabi Muhammad SAW 1,400 tahun yang lalu, 1 Dinar boleh digunakan untuk membeli seekor kambing. Dan sekarang, selepas 1,400 tahun, harga untuk 1 Dinar masih mampu digunakan untuk membeli seekor kambing.
Walaupun kambing itu ada pelbagai jenis dan saiz, itu hal lain. Pokoknya, ia tetap mampu membeli seekor kambing walau selepas 1,400 tahun. Ini membuktikan kuasa beli yang ada pada emas bertahan untuk jangka panjang.
Berbeza dengan duit kertas yang kita simpan di bank. Sekitar 1980-an dahulu, budak-budak sekolah rata-ratanya hanya dibekalkan duit sekolah sebanyak 50 sen sehari. Duit itu cukup untuk membeli makanan yang mengenyangkan di sekolah, malah ada lebihan untuk dimasukkan ke dalam tabung. Tapi hari ini, nilai 50 sen hanya mampu membeli sebiji kuih sahaja. Dalam erti kata lain, kalau kita masih bekalkan anak-anak ke sekolah pada zaman sekarang dengan hanya 50 sen sehari, mereka akan ‘kebuluran’ di sekolah!
Ke dua, emas merupakan aset fizikal yang paling mudah dicairkan. Bila-bila masa sahaja jika kita memerlukan duit, kita boleh jual atau pajak emas itu dan dapat duit pada waktu itu juga. Ia bukan sahaja laku dijual pada bila-bila masa, bahkan di mana-mana sahaja. Termasuklah di luar negara sekalipun, kita boleh bawa emas dan jual di negara tersebut jika kesuntukan wang. Dalam sejarah, emas telah digunakan sebagai ‘duit antarabangsa’ sejak zaman berzaman. Ia merupakan duit yang tiada sempadan masa dan negara.
Ke tiga, emas merupakan aset fizikal yang mampu milik. Selain dari emas, antara aset fizikal yang pada saya bagus untuk disimpan dalam jangka panjang ialah tanah dan hartanah. Nilainya lebih terjamin dalam jangka panjang berbanding aset kertas.
Berbanding emas, tanah dan hartanah tidak boleh dibeli dengan bajet yang kecil. Meskipun harganya dipaparkan dalam harga setiap kaki persegi, namun kita tidak boleh membelinya dengan bajet hanya keluasan satu kaki persegi sahaja. Ia memerlukan modal yang besar.
Berbeza dengan emas, kita boleh mengumpulnya sedikit demi sedikit, bermula dengan item sekecil satu gram. Ia boleh dijadikan simpanan secara bulanan. Sebagai contoh, kita boleh disiplinkan diri menyimpan “1 gram 1 bulan” sebagai forgotten saving. Lepas 12 bulan, sedar-sedar, dalam simpanan dah ada 12 gram.
Dan dengan adanya kaedah pembelian emas fizikal melalui “Akaun Emas” sebagaimana yang ditawarkan oleh syarikat seperti Public Gold dan beberapa buah bank, kini setiap orang mampu membeli dan menyimpan emas dengan mudah dan murah. Ia benar-benar aset fizikal mampu milik oleh sesiapa sahaja termasuklah di kalangan pelajar kolej dan universiti.
Ke empat, menyimpan emas hakikatnya kita menyimpan kekayaan itu di tangan kita sendiri. Walau apa pun yang berlaku pada ekonomi dan politik semasa, selagimana kita memiliki emas, kekayaan itu memang berada di tangan kita. Nilai emas berdiri dengan sendiri. Nilainya dipegang kukuh oleh berat dan ketulenannya tanpa perlu jaminan sesiapa.
Berbeza dengan aset lain yang nilainya bergantung kepada faktor luar. Sebagai contoh, nilai duit kertas terletak bukan pada kertasnya. Duit kertas RM100 kalau dipotong dua, nilainya bukan RM50 setiap keping, tapi ia menjadi RM0! Dan kalau ia disimpan lama ‘di bawah tilam’, ia boleh jadi tidak laku sebab ia ada tarikh luput sebagaimana duit syiling RM1 (termasuklah not RM500 dan juga not RM1,000 satu ketika dulu) yang tidak lagi laku pada hari ini. Duit itu juga tidak laku di luar negara.
Maksudnya, walaupun duit kertas itu berada di tangan kita, hakikatnya kekayaan itu tidak terletak di tangan kita.
Ke lima, emas merupakan aset fizikal mudah alih. Ia merupakan aset fizikal yang paling mudah alih. Ia adalah aset ‘mobile’, boleh dibawa ke mana-mana sahaja. Berbeza dengan tanah dan rumah, ke dua-duanya tak boleh dialihkan. Kalau hendak dijual sekalipun, proses tersebut tentunya akan memakan masa. Paling cepat pun akan mengambil masa sekitar enam sehingga sembilan bulan; sama sekali berbeza dengan emas.
Dan yang ke enam, bila kita menyimpan emas, tiada siapa yang tahu berapa banyak yang kita simpan, kecuali kita sendiri yang beritahu. Menurut Robert T. Kiyosaki, emas (dan perak) merupakan satu-satunya aset kewangan yang tiada rekod dalam sistem kewangan.
Dengan keistimewaan ini, orang yang telah bankrap pun boleh simpan emas. Tiada siapa yang boleh ambil dan bekukan simpanan emas kalaupun seseorang itu diisytiharkan bankrap. Berbeza dengan aset lain seperti akaun bank, rumah, saham dan lain-lain.
Inilah antara sebab kenapa saya lebih yakin menjadikan emas sebagai simpanan jangka panjang.
(Intipati dari buku Wang Emas)
– Olahan Najdah Mohammed Hussain
Maklumat lanjut untuk simpanan dan pelaburan Emas boleh Whatsapp nombor di bawah 👇
📱www.wasap.my/60189010712/SayaNakBeliEmas
Mohamed Ridwan Authorised Dealer Public Gold International
PENCEN DI USIA MUDA
“Kita je yang senyum ni naik MRT. Orang lain semua muka masam” - Kata En Muttaqin Ini kali pertama saya naik MRT sepanjang 3 tahun menetap...

-
1 September 2024 secara rasminya saya telah bersara sebagai Guru. Rasa sedih dan gembira bercampur baur dalam diri saya. Sedih sebab terpa...
-
Rugi sebenarnya mereka yang sekadar melihat emas sebagai aset jana keuntungan semata-mata. Umum kita tahu, nak untung dengan emas kita ken...
-
Bulan lepas lebih 4 buah showroom kereta saya dan isteri masuk. Dah lebih 4 buah kereta kami dah “test drive”. Masa tu nafsu membuak-buak ...