Alhamdulillah Tuan Muda Azam Amiri, Tuan Muda Azim Aliif, Tuan Muda Iqmal Hakif dan saya sendiri telah jadikan Dinar Emas sebagai Mas Kahwin.
Antara sebab kami pilih dinar emas sebagai mas kahwin kerana ia lebih bertahan lama berbanding duit kertas.
Kalau hadiahkan duit, biasanya ia tak bertahan lama. Habis sahaja majlis pasti duit mas kahwin akan habis digunakan.
Melalui pemerhatian saya, kebanyakkan rakan dealer saya yang jadikan dinar sebagai mas kahwin sampai hari ni dinar emas itu masih ada dan tak terusik pun.
Walaupun usia perkahwinan mereka dah mencecah 5 ke 10 tahun, tapi emas tersebut masih tersimpam elok dan cantik dipandang.
Apa yang lagi seronok nilai dinar emas tu makin lama makin mahal.
Lagi satu, dinar emas tersebut adalah simbolik kepada hari perkahwinan kami. Jadi mana mungkin kami senang-senang nak jual.
Melainkan apabila berlaku situasi luar jangka dan perkara mustahak sahaja.
Kalau tak emas tersebut akan kekal dalam simpanan kami selama-lamanya.
Insha Allah.
#EmasSebagaiMasKahwin