Hampir 2 jam lebih tadi personal coaching bersama Mentor En Mohd Zulkifli Shafie.
Terlalu banyak ilmu dan pengalaman beliau yang boleh saya belajar.
Antara soalan yang saya tanya….
“Tuan Zul, kebanyakkan masyarakat fikir buat bisnes ini risikonya adalah, kita tiada jaminan untuk terus ada pendapatan. Berbeza dengan kerja makan gaji ia lebih terjamin”
Balas Tuan Zul…
“Ye betul, memang kerja makan gaji ada jaminan untuk terus ada pendapatan. Tapi adakah kita boleh bagi jaminan yang kita mampu terus sihat berkerja?”
“Jawabnya… TIDAK!”
Sebanarnya, dalam apa pun bidang yang kita ceburi sekarang. Tiada satu pun yang boleh bagi satu jaminan mutlak.
Apa yang PASTI adalah, sampai satu masa nanti kita pasti akan berhenti kerja atau diberhentikan kerja.
Jadi dalam jua keadaan, perkara yang kita perlu ambil berat adalah tentang SKILL dan VALUE diri kita.
Mereka yang berjaya tanpa SKILL itu mungkin barangkali hanya LUCK.
Tapi bagi mereka yang ada SKILL kejayaan tersebut boleh diulang-ulang.
Terdiam seketika saya dengar jawapan tersebut..
Benar sekali hidup ini soal menguruskan risiko. Kalau takut ambil risiko sebenarnya itu pun satu risiko dalam hidup.
Alhamdulillah satu perkara besar yang saya belajar hari ini.
Mohamed Ridwan
19 Julai 2023
Cyberjaya, Selangor